OSEM tak ayat2 chenta ini??

Friday, November 23, 2012

the power of tawakkal

بسم الله الرحمن الرحيم


err..tuan jejaka ni kenapa tibe2 buat bacaan doa qunut untuk permulaan post kali ni ea??err anda bercakap bersama saya ke..huhu..aik salah ke hendak letak doa diawal kalam2 tuan jejaka..^.^..tidak salahkan,lagipun doa itu kan senjata orang-orang yang beriman rite?lagipun dapatlah tuan jejaka berkongsi kebaikan bersama ikhwah akhawat yang baca post ni...lagipun baru2 ini kita di'gegar'kan atau di'bom'kan dengan pengeboman di negara palestina tercinta di mana saudara2 seaqidah kita berada di sana demi mempertahankan sebuah negara yang penuh barakah dan demi mempertahankan tanah air mereka dari penjajah yahudi laknatullah..


fullstop.(krik krik krik)..orite kali ini tuan jejaka tertarik dengan satu tajuk yang boleh dikatakan amat penting dan menarik bagi kita sebagai mukmin yang osem,muslim yang hoyeahh..haa..nak tahu apekah post tuan jejaka kali ini..hehe..ceng ceng ceng..sejauh manakah 'the power of tawakkal' kita kepada Sang Pencipta..^.^..menarik tak??hehe..apa?tak menarik..ok letak pena kekuncilah lepas ni..(ok gurau je..jom beristighfar ikhwah akhawat sekalian..jangan gelapkan hati kita dengan banyaknye bergurau..bahaya ooo)ish2..apelah ikhwah dan akhawat ni..kita tidak boleh terpengaruh dengan orang sekeliling sekiranya kita ingin menyampaikan kebaikan...kita kena petahankan dengan apa yang kita percayai(kalau tak melanggar syariat.tapi kalau memang dah salah dari segi syariat tu 'give up' jela)


ye ikhwah akhawat..sejauh manakah tawakkal kita kepada Allah?marilah kita bermuhasabah bersama2...tuan jejaka agak tersentuh dengan sebuah kisah dari naqib ana..^.^(haa habaq hang,tuan jejaka ni pon ade bulatan gembira tau huhu..berwaspadalah anda)..katanya,pada suatu hari dia ternampak seorang makcik yang sudah lanjut jugalah umurnya(boleh dikatakan 8+ camtulah)..makcik tersebut dalam jalan pulang ke rumah dia setelah membeli barang di super market..akhi ni pon teragak2 sama ada ingin membantu makcik tersebut atau tidak...setelah lama membuat keputusan akhirnya akhi itu pun mengambil keputusan untuk membantu makcik tersebut..



jadi hendak dipendekkan cerita,makcik tu pun berceritalah pada akhi tersebut bahawa dia mempunyai 2 orang anak..anak2 dia mrupakan 'somebody'lah jgk hendak dikatakan..mksd tuan jejaka,anak2 dia semua merupakan orang berkerjayalah dalam kehidupan mereka..kemudian makcik tu sambung lagi cerita dia dengan berkata bahawa ayah kepada 2 orang anak2 mereka telah tiada..(haa faham dok cerita tuan jejaka ni?)kirenya suami makcik tu tiada dah..Allah lebih sayangkan diri si suami makcik tersebut..jadi akhi ni pon peliklah lalu dia pun bertanyakan kepada makcik tadi dengan sapa makcik tersebut duduk sekarang..haa..ikhwah akhawat rase apa jawapan makcik tersebut?jawapan makcik tersebut membuatkan akhi tersebut bermuhasabah sepanjang perjalanan pulangnya ke rumah dari rumah makcik tersebut sehinggalah ke rumah akhi tersebut..


ni dia jawapan makcik tu,"aku tinggal bersama Allah,siapakah yang lebih baik dariNya"..haa,nah ambik sebijik peluru..headshot baik punya...dahsyat sungguh tawakkal makcik ini pada Allah...dia menyerahkan segala kehidupannya pada Rab Yang Maha Kuasa..dia percaya bahawa Allah sentiasa melindungi dirinya yang sudah berlalu uzur dari hari ke hari...


jadi tuan jejaka teramat sentuh tatkala mendengar cerita akhi ini...memang betullah apa akhi itu kata..sejauh manakah tawakkal kita kepada Allah Yang Maha Esa...sejauh manakah kita meletakkan Allah itu sebagai sebaik2 perlindungan kita?ya..bukanlah ibu bapa kita,bukanlah 'boyofren'/'gepren' yang kita duduk memuji memuja sepanjang hari(opss tapi tuan jejaka yakin yang si pembaca ni baik2 je..betul3kan ^.^)


jadi marilah kita bermuhasabah kembali..sejauh manakah kita meletakkan Allah itu sebagai tempat kita bersrah segala2nya sama ada ketika susah,ketika senang,dan sebagainya..kita juga boleh lihat bagaimana tingginya keimanan dan ketawakkalan saudara2 kita terutama di palestin,syria etc..mereka begitu yakin dan meletakkan Allah itu lebih utama dalam setiap perkara...dan ini bukanlah perkara yang pelik bagi kita sekiranya mereka inilah yang lebih selayaknya duduk didalam barisan2 utama dalam pasukan yang osem dan fulaweyhh...marilah kita bermuhasabah kembali..

firman Allah Taala:

"dan bertawakkallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara"
(33 : 3)

"(Dialah)Allah,tidak ada tuhan selain Dia.Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah"
(64 : 13)

"dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
(65 : 3)



-jejakatopengankegelapan-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...