OSEM tak ayat2 chenta ini??

Friday, November 23, 2012

the power of tawakkal

بسم الله الرحمن الرحيم


err..tuan jejaka ni kenapa tibe2 buat bacaan doa qunut untuk permulaan post kali ni ea??err anda bercakap bersama saya ke..huhu..aik salah ke hendak letak doa diawal kalam2 tuan jejaka..^.^..tidak salahkan,lagipun doa itu kan senjata orang-orang yang beriman rite?lagipun dapatlah tuan jejaka berkongsi kebaikan bersama ikhwah akhawat yang baca post ni...lagipun baru2 ini kita di'gegar'kan atau di'bom'kan dengan pengeboman di negara palestina tercinta di mana saudara2 seaqidah kita berada di sana demi mempertahankan sebuah negara yang penuh barakah dan demi mempertahankan tanah air mereka dari penjajah yahudi laknatullah..


fullstop.(krik krik krik)..orite kali ini tuan jejaka tertarik dengan satu tajuk yang boleh dikatakan amat penting dan menarik bagi kita sebagai mukmin yang osem,muslim yang hoyeahh..haa..nak tahu apekah post tuan jejaka kali ini..hehe..ceng ceng ceng..sejauh manakah 'the power of tawakkal' kita kepada Sang Pencipta..^.^..menarik tak??hehe..apa?tak menarik..ok letak pena kekuncilah lepas ni..(ok gurau je..jom beristighfar ikhwah akhawat sekalian..jangan gelapkan hati kita dengan banyaknye bergurau..bahaya ooo)ish2..apelah ikhwah dan akhawat ni..kita tidak boleh terpengaruh dengan orang sekeliling sekiranya kita ingin menyampaikan kebaikan...kita kena petahankan dengan apa yang kita percayai(kalau tak melanggar syariat.tapi kalau memang dah salah dari segi syariat tu 'give up' jela)


ye ikhwah akhawat..sejauh manakah tawakkal kita kepada Allah?marilah kita bermuhasabah bersama2...tuan jejaka agak tersentuh dengan sebuah kisah dari naqib ana..^.^(haa habaq hang,tuan jejaka ni pon ade bulatan gembira tau huhu..berwaspadalah anda)..katanya,pada suatu hari dia ternampak seorang makcik yang sudah lanjut jugalah umurnya(boleh dikatakan 8+ camtulah)..makcik tersebut dalam jalan pulang ke rumah dia setelah membeli barang di super market..akhi ni pon teragak2 sama ada ingin membantu makcik tersebut atau tidak...setelah lama membuat keputusan akhirnya akhi itu pun mengambil keputusan untuk membantu makcik tersebut..



jadi hendak dipendekkan cerita,makcik tu pun berceritalah pada akhi tersebut bahawa dia mempunyai 2 orang anak..anak2 dia mrupakan 'somebody'lah jgk hendak dikatakan..mksd tuan jejaka,anak2 dia semua merupakan orang berkerjayalah dalam kehidupan mereka..kemudian makcik tu sambung lagi cerita dia dengan berkata bahawa ayah kepada 2 orang anak2 mereka telah tiada..(haa faham dok cerita tuan jejaka ni?)kirenya suami makcik tu tiada dah..Allah lebih sayangkan diri si suami makcik tersebut..jadi akhi ni pon peliklah lalu dia pun bertanyakan kepada makcik tadi dengan sapa makcik tersebut duduk sekarang..haa..ikhwah akhawat rase apa jawapan makcik tersebut?jawapan makcik tersebut membuatkan akhi tersebut bermuhasabah sepanjang perjalanan pulangnya ke rumah dari rumah makcik tersebut sehinggalah ke rumah akhi tersebut..


ni dia jawapan makcik tu,"aku tinggal bersama Allah,siapakah yang lebih baik dariNya"..haa,nah ambik sebijik peluru..headshot baik punya...dahsyat sungguh tawakkal makcik ini pada Allah...dia menyerahkan segala kehidupannya pada Rab Yang Maha Kuasa..dia percaya bahawa Allah sentiasa melindungi dirinya yang sudah berlalu uzur dari hari ke hari...


jadi tuan jejaka teramat sentuh tatkala mendengar cerita akhi ini...memang betullah apa akhi itu kata..sejauh manakah tawakkal kita kepada Allah Yang Maha Esa...sejauh manakah kita meletakkan Allah itu sebagai sebaik2 perlindungan kita?ya..bukanlah ibu bapa kita,bukanlah 'boyofren'/'gepren' yang kita duduk memuji memuja sepanjang hari(opss tapi tuan jejaka yakin yang si pembaca ni baik2 je..betul3kan ^.^)


jadi marilah kita bermuhasabah kembali..sejauh manakah kita meletakkan Allah itu sebagai tempat kita bersrah segala2nya sama ada ketika susah,ketika senang,dan sebagainya..kita juga boleh lihat bagaimana tingginya keimanan dan ketawakkalan saudara2 kita terutama di palestin,syria etc..mereka begitu yakin dan meletakkan Allah itu lebih utama dalam setiap perkara...dan ini bukanlah perkara yang pelik bagi kita sekiranya mereka inilah yang lebih selayaknya duduk didalam barisan2 utama dalam pasukan yang osem dan fulaweyhh...marilah kita bermuhasabah kembali..

firman Allah Taala:

"dan bertawakkallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara"
(33 : 3)

"(Dialah)Allah,tidak ada tuhan selain Dia.Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah"
(64 : 13)

"dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
(65 : 3)



-jejakatopengankegelapan-

Tuesday, November 13, 2012

be no.10 or pemanas kerusi

بسم الله الرحمن الرحيم



    fuhhh!!(sambil membersihkan khazanah negara yang dah berhabuk untuk sekian lamanya)...berapa abad dah tidak menghapdate khazanah negara tuan jejaka ni....idea idea idea...mailah mailah dalam fikiranku....ok fullstop...maaf melilau sedikit...maklumlah idea sekarang payah nak mai...^_^..


   orite,nak tanya sikit boleh tak?siapa dikalangan pemuda2 yang kacak lagi bergaya ini tidak berminat dengan bola atau futsal?tipulah kalau hendak kata semua tak berminat nan permainan ini...kalau segelintir atau sebahagian tuan jejaka percaya...tuan jejaka minat bola tak??


   anda bercakap dengan sayakah??.ok sorry sebab tadi tengah duduk menghapdate fix,result dan seangkatan dengannya dekat laman web uefa...haa,tu bermakna tuan jejaka ni minat sangat dengan bola betul tak??hehe...berkias2 pulak tuan jejaka ni cakap...sebenarnya apa yang tuan jejaka ni cube nak bagitau dengan pertanyaan yang umum tu...huhh..boringlah tuan jejaka!...


  opssss..ha..nilah yang nak bagitau ni..dalam ke'boring'an tu sebenarnya ada maknanya yang tersirat...ceng ceng ceng...apakah makna tersirat tu tuan jejaka...anda bertanyakan pada sayakah??(gulppp sambil menelan air liur)...orite..alkisahnya begini...kita semua tahu dalam bola tu ade apekan...jadi tuan jejaka nak kaitkan analogi bola sepak ni dengan analogi dalam berdakwah..:)


  dalam setiap analogi atau cerita pastilah ade watak2 yang menjayakan cerita tersebut..betul tak?jadi begitulah jgk dalam permainan ini...ada jugak watak2nya walau kita tengok bende tu cam biasa..haa nilah yang tuan jejaka kata tadi..sebenarnye ade makna yang tersirat boleh kita ambil...jadi antara watak-wataknya ialah :



1.PEMAIN BOLA SEPAK 
  haa...kenapa dengan pemain bola sepak?sebab kalau tiada mereka ni maka takdelah jalan cerita ini...teng teng...kerana mereka inilah yang akan memastikan kumpulan mereka itu mendapat kemenangan atau sebaliknya...demi untuk memperoleh kemenangan tersebut mereka perlulah kerahkan segala macam tenaga mereka agar mereka dapat mencapai title tersebut...


2.PENONTON YANG MENYOKONG
  selain itu penonton jugak turut main peranan dgn dapat memberikan semangat kepda karakter utama di atas tadi...mereka dapat membantu golongan pertama tadi dengan membantu memberi galakan dan supporting untuk kelab kesayangan mereka itu...selain itu golongan ini juga boleh turut menyumbang dari segi kewangan atau duduk tercongok depan tv sebagai penyokong yang setia...


3.PENYOKONG YANG MENENTANG
  kalau ade yang menyokong pastilah ade yang akan menetang..betul tak ikhwah akhawat yang dikasihi sekalian??sebab Allah menciptakan sesuatu itu berpasang2an dan pasangan tersebut itu merupakan lawan bagi psgn masing2..seperti malam pasangnya siang..ikhwah pasangannya akhawat..opss(amboi tuan jejaka gatai naa)..jadi bagi golongan ini pulak mereka tidak menyokong pasukan lain selain pasukan mereka sendiri..senang citer kita tengok jela penyokong kelab2 gergasi eropah...huhu..man utd,chelsea,man city, dan sebagainya...cube kita tengok penyokong 'away' cmne raksi mereka...nak nak man utd vs man city..perghh habaq hangg..mmg hott oo...



  jadi itulah antara watak2 yang boleh disimpulkan...errr tuan jejaka oh tuan jejaka..mananya yang tadi beriya iya kata ade kaitan dengan dakwah dan analogi tuan jejaka ni??owhh..lupa plak...sorry2..yela...memang adelah..takkan ikhwah akhawat dikasihi tak perasan lagi...aiya...

  golongan pertama itu merupakan qaedah sulbah atau penggerak utama bagi sesebuah kumpulan itu..jadi dekat sini kumpulan tersebut tak lain tak bukan hanyalah ISLAM dan KAFIR...tu je...jadi golongan yang pertama ini  mereka mengorbankan segala jiwa,harta mereka untuk memastikan gerabak ini menang dan tercapai hadaf utama iaitu tidak lain tak bukan USTAZIATUL ALAM....mereka memerah keringat mereka,diri mereka disakiti dan didera kerana ape?kerana untuk memastikan hadaf mereka ini tercapailah dimuka bumi Allah kerana kita ini merupakan KHALIFAH...

  golongan kedua merupakan mereka yang menyokong gerabak dakwah ini..mereka membantu golongan awl tersebut dengan pelbagai bantuan...walau mereka hanya duduk dibelakang barisan2 berbelasan malahan mungkin ratusan ribuan pemuda pemudi yang menjadi golongan awal tadi...

 dan akhir sekali golongan yang menentang yang tidak ingin melihat ISLAM itu sendiri tertegak dimuka bumi Allah ini..dan harap kita semua selamat dari golongan yang terakhir ini...jadi ikhwah dan akhawat yang dikasihi itulah analogi bola dan dakwah yang dapat disimpulkan.menarik bukan...^.^


firman Allah Taala : 
"tidaklah sama antara orang beriman yang duduk(yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai keuzuran(halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan derajat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing,Allah menjanjikan(pahala) yang baik(syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar[95]
(iaitu) beberapa derajat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[96]

( 4 : 95-96 )

jom jadi sang juara ikhwah akhawat

-jejakatopengankegelapan-

Saturday, September 29, 2012

akhirnye!!....

بسم الله الرحمن الرحيم


  
  alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....akhirnye..akhirnye mggu yang memenatkan telah beransur berlalu pergi seolah-olah dibawa pergi bersama angin yang meniup lembut yang membawa segala kepenatan pergi bersama...(haha sambil gelak jahat..oppss)..ni ape masalah mr.j ni...haiya...


  pertama sekali mr.j nak mengucapkan banyak2 hamadah(kesyukuran) sebab diberikan kekuatan untuk melalui mggu2 yang mencabar dengan adik2 baru yang bakal melangsungkan pembelajaran mereka..(dah start dah pon kuliah kami semua sebenarnye)...hehe...comel2 je adik2 baru ni..pelbagai telatah yang dapat dilihat oleh mr.j sendiri...teringat time mula-mula menjejakkan kaki di bumi Ardhul Kinanah ini....anyway baguslah sebab dalam diri mereka ada semangat yang mendalam untuk menuntut ilmu di bumi yang kaya dengan ilmu serta ulama'nya.....sepatutnye walau dimana ilmu itu berada hendaklah kita menceduknya sebanyak yang mungkin hatta ilmu itu dari pengutip sampah di tepi jalan (ilmu yang elok jela naa amik yang ak elok jgn menggatai plak nak amik k..mr.j tak ajar jadi notty boy :) )


  kedua,alhamdulillah dengan peraturan perancanganNya,banyak yang mr.j dapat pelajari hasil daripada amanah yang ditaklifkan ke atas diri ini...dapat pelajari bagaimana susahnya untuk berurusan dengan orang arab Mesir ni...mengasah kembali skil kemahiran hidup yang pernah dipelajari disekolah suatu ketika dahulu..dapat juga rasa bagaimana orang bekerja keluar pagi balik malam (ceh2 mr.j cam xsbr je nk masuk alam kerja..haha bukanlah..pengalaman tu penting k fullstop)


 akhir sekali benarlah apa yang dikatakan...jangasnlah rasa penat lelah itu menguasai diri kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan...kerana ia amat merugikan kita...jadikanlah penat lelah itu seiring dengan pengalaman dan pembelajaran dalam kehidupan yang mana boleh membawa manfaat di masa akan datang...betul..secara tidak sedar walau kita penat kita dapat belajar lebih dalam bersosial dengan masyarakat sekeliling kita...dapat memahirkan skil kepimpinan kita dan sebagainya bro dan sis..apepon niat kita tu yang pentiing...sekiranya niat kita bukanlah hanya kerana mencari keredhaan Ilahi mka teramatlah rugi besar bro dan sis...rugi-rugi double-rius mr.j cakap...apepon alhamdulillah semua berjalan dengan lancar

memang tenang tgk kaler hijau ni..:)

-jejakatopengankegelapan-

Sunday, September 9, 2012

what a chance!!...

بسم الله الرحمن الرحيم



  alhamdulilllah alhamdulillah alhamdulillah....masih lagi diberikan kesempatan untuk menaip blog yang dah lame tidak berusik ni...hehe(aik mr.j sibuk nak kahwin ke)aippp fullstop kat situ...tahulah tahun pesta nasi minyak hehe...dok eih..bkn sibuk nak kahwin...adelah beberapa urusan yang perlu diuruskan....


  alhamdulillah baru-baru ini mr.j telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi suci al-Quds...bumi yang penuh sejarahnya dan penuh barakah disekelilingnya....tidak disangka pelan Allah itu lebih hebat dan indah...,r.j berpeluang berpuasa di sana serta beraya di sana...seronok teramat suasana berpuasa dan raya di sana...walaupun bro dan sis tahu palestin merupakan penjara terbesar di dunia menurut beberapa sumber yang telah melakukan kajian dari segi hak-hak kemanusiaan...


 walaupun hidup didalam kepungan oleh rejim zionis laknatullah..mereka sedikit pun tidak gentar akan ancaman musuh malah mereka hidup seperti biasa seperti kita yang hidup diluar sana dengan aman damai...bagi mereka,mereka telah bersiap sedia untuk menemui sang Ilahi..kerana mereka yakin jihad mereka ini pasti diberi ganjaran olehNya....



 di sana mr.j melihat pemuda-pemudanya begitu ramah dan amat berbeza sekali dengan sebahagian pemuda-pemuda yang berada di Mesir ini...mereka sungguh ramah dan melayan tetamu-tetamu mereka yang bersama2 memperjuangkan hak-hak mereka selaku penduduk asli di bumi suci tersebut....terharu mr.j melihat keramahan mereka....dan pemuda-pemuda tersebutlah merupakan pemuda-pemuda yang telah menyiapkan diri mereka dalam menyahut seruan jihad yang telah berkumandang....nampak sahaja dari luar seperti remaja biasa..tetapi di dalamnya masyaAllah mr.j tabik spring pada mereka semua....


 teramat banyak kenangan di sana yang menyentuh hati mr.j...anak-anak kecil yang ingin bermanja kerana ingin merasakan kasih sayang yang mereka cari-carikan,kasih sayang mereka yang telah dirampas oleh rejim-rejim zionis laknatullah....pernah dalam satu majlis tu segelintir kanak-kanak ini datang menemui mr.j untuk mintak permainan...menitis air mata melihat mereka...terasa waktu tu ingin memeluk mereka....


 selain itu mr.j sempat juga bertemu dengan ibu yang telah syahid kelima-lima anak lelakinya dalam  menuntut hak mereka di bumi yang penuh barakah tersebut...sempat jugak bertemu dengandenan seorang pemuda bernama sarsak yang ditahan oleh rejim zionis dengan alasan yang tidak munasabah...pemuda tersebut juga telah melakukan 'hunger strike' sepertimana yang kita tahu protes ini masih lagi diteruskan oleh penduduk2 palestin yang berada dalam penjara pihak rejim....kenangan terakhir sekali paling bermakna ialah dapat melihat sendiri pemimpin sebuah negara yang dikepung,bagaimana raut wajahnya tenang dalam menghadapi ancaman-ancaman musuh terhadap dirinya dan penduduk-penduduk di sana...


 ye pemuda tersebut merupakan seorang perdana menteri yang mempunyai serba serbi kebolehan yang membuatkan mr.j respect terhadapnya selain perdana menteri Turki,Erdogan dan perdana menteri Mesir,Muhammad Mursi...tidak lain tidak bukan orang tersebut merupakan Ismail Haniyyah(Abu 'Abid)...mr,j cukup respect dengan perwatakan beliau yang berkemampuan mengimamkan rakyatnya di masjid,memberi kutbah di solat jumaat dan merupakan pemimpin yang sayangkan rakyatnya...Allah Allah Allah...insyaAllah mr.j semakin nampak kegemilangan islam itu di atas muka bumi ini...ayuh bro dan sis..perbanyakkan doa dan percepatkan usaha-usaha kita dalam membangkitkan islam itu kembali....


firman Allah(mafhumNya) :

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Merekaberperang di jalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,demikian itulah kemenangan yang agung"

(at-taubah : 111)



-jejakatopengankegelapan-

Wednesday, August 8, 2012

malam yang osem!!

بسم الله الرحمن الرحيم



 assalammualaikum bro dan sis....hehe...bertemu lagi kitakn ...hehe...apalagi mr.j macam biasalah tak sabar2 nak berkongsi dengan bro dan sis sharing moment yang begitu osem lagi howliyau....^__^...bak kata omputih spread the words....(pergh speaking mr.j kita ni..)..gulp,sekali sekala bro dan sis..kalau tak tumpullah apa yang kita dah belajar..betul ngak gitu??


  haa...kali ini mr.j nak sharing sikit nan bro dan sis pasal malam yang betul2 osem...(ok ni bukan mr.j reka ok...tapi Kekasih kita sendiri yang bagitau berita gembira ini pada kita iaitu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya yang setia dan taat dalam melakukan amal kebaikan dan meninggalkan laranganNya erutama di dalam bulan mulia ini....:)



  ha??malam apekah itu bro dan sis??adakah malam kebudayaan dan kesenian??atau adakah malam di mana supermarket menawarkan harga diskaun kepada pelanggan2nya??hehe..sudah tentulah tidak sama sekali...sebab malam ni memang merupakan malam yang kalau mr.j cakap memang rugilah bro dan sis...sebab mr.j rasa kalau nak difikir2kan balik sepanjang umur yang kita habiskn di atas muka bumi ini pon takkan dapat tandingi malam ni..ha...(adehh mr.j tak yah nak buang masa sangatlah...)opssss...sabar dulu...jom kita istighfar dulu...yela mana tahu selama kita baca post ni dari awal smpi skrg ade melakukan sesuatu yang mengurangkan pahala kita...istighfar dulu ye bro dan sis...:)...(camtulah bagus bro dan sisi mr.j ni)


  ok...malam tu merupakan lailatul qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan....ha..tulah tadi mr.j cakap kalau nak dihitungkan segala umur kita di atas dunia ni memang tak dapat ditandingi...(yela sebab ajal nikan di tgn Allah)....so,bersempena malam yang osem ni...mr.j nak ajak bro dan sis agar gunakalah masa kita ini sebaik2nya dengan memburu habis habisan malam yang special ni....perghh cap ea...masyukk kot...para shabat dahulu apabila masuk sepuluh malam terakhir ni dorg berlumba-lumba untuk meningkatkan dan perbanyakkan amalan kebaikan mereka..hatta Baginda s.a.w sendiri meningkatkan amalan Baginda daripada bulan-bulan sebelumnya....kalau boleh kita contohilah Baginda s.a.w apabila telah masuk dalam fasa ketiga ni(fasa pelepasan dari neraka)Baginda s.a.w tidak hanya melakukan ibadah ini berseorangan tetapi Baginda akan mengejutkan seluruh ahli keluarganya..yela...kalau boleh biar yang lain turut dapat merasakan kemanisan malam ni....


   so apelagi bro dan sis...jomlah kita mulakan pemburuan dan pencarian kita di fasa terakhir ramadhan ni...insyaAllah dengan izin-Nya mane tahu kita bertemu dgn malam yang osem ni kn..^__^...so selamat berburu ye...



"sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al-quran) pada malam qadr (1) dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2) malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan (3) pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(jibril a.s) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan (5) sejahteralah(malam itu) sampai terbit fajar (6)"

( Al-qadr : 1-6 )


-jejaka topengan kegelapan-

Wednesday, August 1, 2012

mak aii tak lama dah!!

بسم الله الرحمن الرحيم



  sihatkah bro dan sis yang dikasihi??harap-harap sihat2 belakalah ye...hehe....alhamdulillah  dan syukur ke hadrat ilahi sebab masih diberikan kekuatan ini di bulan ramdhan untuk menekan-nekan kekunci keyboard yang osem cap kapal api..ok tgk kanan tgk kiri sambil mengelap peluh kat dahi...actually nak cerita pasal ramadhan lagi..tapi tak tahulh lau dah terlewat ke...takpelah....nak bagi jugak tak kira (sambil menjelirkan lidah kah2)....


  ok,so setakat ini bagaimanakah ramadhan kita bro dan sis??baik baikkah dia mcm diri kita sekarang...yela...bukan ape yela sekarang ni kita dh masuk pertengahan fasa dua dah bro dan sis...fasa maghfirah(pengampunan)...so sepatutnya kita patut muhasabah...adakah 15hari awal dalam ramadhan kita kita hidupkan ia dengan pelbagai amalan seperti tadarus quran , zikir dan sebagainya....atau sebaliknya..(na'uzubillah semoga dijauhkan).....


  mr.j teringat akan sebuah hadith...rase hadith ni famous kot nak2 bila nak menjelang bulan ramadhan...mafhum hadith tu cmni : 

" siapa yang berpuasa ramadhan penuh dengan keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu "

( HR  imam nasa'ie,ibn majah,ibn hibban & baihaqi)

  haa....guano kita bro dan sis....baik kita check balik...ade lagi satu yang mr.j teringat..tak ingat plak matan hadith tu tapi bunyi dia lebih kurang rugilah bagi mereka apabila telah keluar dari ramadhan dosa2nya tidak diampunkan camtu lah....so jom kita muhasabah balaik bagaimana ramadhan kita..berbaki lagi 15 hari lagi...tak lama lagi malam yang lebih baik dari seribu bulan bakal bertadang...so marilah kita mencari malam tersebut dengan memperbanyakkan amal ibadah kita kepadanya...




 ingat bro dan sis...janganlah kita menjadi orang yang tergolong dalam golongan yang rugi yang tidak dapat apa dari ramdhannye..ingat كن ربانيا ولاتكن رمضانيا (jadilah hamba Allah jgn jadi hamba ramadhan)...

-jejaka topengan kegelapan-

Sunday, July 22, 2012

banyak naa!!

بسم الله الرحمن الرحيم



  alhamdulillah...kerana masih diberikan nafas oleh Allah untuk melakukan amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini dimana segala kebaikan itu diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda tidak terkatanya..:")....bro dan sis..so cmne ramadhan kita setakat ni??adakah baik2 atau sebaliknya.??sekiranya sebaliknya yang terjadi mr.j rasa ade somthing yang tidak betul dengan urat saraf bro n sis...:)


  cmne tadarus quran kita bro dan sis...banyak ke sudah dibaca??sedikitkah yang sudah dibaca atau habuk langsung tarak ade??jika kita dipilihan yang ketiga,mr.j rasa eloklah bro dan sisi hantuk kepala kat dinidng..(ok violent giler mr.j ni time puasa2)..hehe..bkn violent tapi sayang dengan bro dan sis(opss mne blh sayang sis,*kasihi dgn sis)...yela takkan mr.j je yang nak dapat ganjaran yang begitau hauliyau yang Allah nak berikan terhadap hamba2Nya yang taat melakukan suruhanNya terutama didalam builan ramadhan ini...

  kita patut perbanyakkan tadarus quran kita bro dan sis....sebab dalam bulan ramadhan ni Allah melipat kali gandakan kebaikan lebih dari bulan2 biasa..masyaAllah..mari kita bayangkan bro dan sis,kalau di luar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi satu ganjaran,apatah lagi dibulan yang mulia ini..masyukk kot..sepuluh ganjaran untuk setiap setipa satu hurf bro dan sis..setiap satu huruf tu...

  


   so apalagi bro dan sis..jom kita berlumba2 untuk mengkhatamkan tadarus quran pada bulan yang mulia ini..khatam jangan tak khatam..:)


-jejaka topengan kegelapan-

Monday, July 16, 2012

oh kekasihku!!

بسم الله الرحمن الرحيم




  alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dgn nikmat-Nya kita masih diberikan nafas dan melakukan segala kebaikan di atas muka bumi ini...dan tidak lupa juga kerana dgn rahmat-Nya kita msih dapat merasakan dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan islam yang tidak semua insan dapt rasakan...alhamdulillah...dont ever forget thank you Allah k my dear bro n sis....



  ha..ni ape cter plak mr.j kita ni??hehe...xde cter...cume nk kongsi sedikit rasa kerinduan yang membara ni terhadap kekasih yang bakal menjelang tidak lama lagi..iaitu kekasihku ramadhan yang penuh berkat dalamnya...ce kita bayangkan bro n sis bg mereka yang berkapel mesti xpernah lekang dr tangan dorg tu hp o whatever tuk berkomunikasi dgn kekasihya(harap bro n sis xmabuk bercintan cintun jgk ye..^_^)...so begitulah mr.j jgk...xslhkn nk kongsikn kegembiraan dan kerinduan kita terhadap bulan yang penuh barakah ni bersama bro n sis yg mr.j sygkn..kan kan...


  mr.j teringt tentang para shbt bagaimana persediaan mereka dlm menyambut kedtgn bulan yg penuh dgn seribu gala kebaikan...masyaAllah...dahsyat sungguh preparation mereka bro n sis...kalau kita melayu ni bukan ready tuk puasa sngt pon tapi lbh kepada persediaan raya..pelik2...para shbt sblm tbenye ktgn ramadhan mereka berebut2 memohon doa kpd Allah supaya smpikn mereka ke dlm buln yang pnuh barakah bro n sis..yela mane taknye...segala kebaikan kita diberikn oleh Allah berlipat ganda kot...sape tak nak...kire cam bonuslh...fuhh masyuk masyuk bro n sis...


  bila kita berpuasa ni bro n sis sbnrnye bnyk mengajar kita tntg kesabaran bukan tu sahaje malah kita boleh merasakan pengalamn bagaimana mereka yg tidak mempunyai mknn untuk mengalas perut mereka dgn ini pula kita akan dpt belajar agar tidak melakukn pembaziran dr segala aspek sama ada mknn o sbginye...Allah bro n sis..islam itu teramat indah bila kita btl2 menghayati...so bila kita dah ade peluang untuk bertemu dgn ramadhan jgn kita lupa plak tuk hidupkn malam2 ramadhan kita dgn plbgi amalan antaranye perbanykkn istighfar , meringan2kan mulut untuk membaca alquran , kalau blh cabar diri kita agar dpt khatam walau sekali...rjinkn diri jgk tuk berqiam(pesanan termsuk tuk diri mr.j jgk..)




  so bro n sis are u ready to take this challenge??semoga kita menghidupkan ramadhan kita sprti man Rasulullah s.a.w dan para shbt menghidupkn ramadhan mereka dgn sgala amal ibadat..:)


-jejaka topengan kegelapan-

  
  


Thursday, July 5, 2012

tak perlu nak relax sangatlah ok!!

بسم الله الرحمن الرحيم



   fuh...asif kepada bro n sis..sbb mr.j lama dh xupdate...maaf teramat...ade beberapa masalah yang tidak dapt dielakkn..baru2 ni mr.j ada bace something yang menarik..begitu juga perbincangan dlm 'bulatan gembira' mr.j juga telah berjaya menawan hati mr.j....haha(tak yah bajet jiwang sngtlh mr.j oiii)pengampunan dan penyesalan...amatlh menarik sekali perbincangan ni bg mr.j....


  setuju tidak kalau mr.j kata yang kita ni langsung tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dek kerana kelalaian kita terhadap duniawi....even mr.batman sndri pon pernah rse cmtu sehingga satu peringkat dye nk cari musuh dye aka Joker dgn plbgi cara walau cara tersebut illegal..p after musuh dye tewas dye rase menyesal atas perbuatan illegal dye tu..ok back to the main issue...hehe..btllh ape yang mr.j cakap ni..hatta kita ni merupakan insan..bro n sis tau x ape tu insan...insan berasal daripada perkataan nisyan iaitu lupa...so sekali lagi btlkan ap yang mr.j cakap ni...


  ok,jadi bile cakap pasal penyesalan,taubat...ramai diantara kita yang mengambil remeh akan benda ni...ada certain org tu ble dh wat perkara2 yang ditegah oleh syariat dgn selamba ayam berkata nak mati nnt aku bertaubatlah...ade plak esok2 lusalh aku jadi baik,rini biar aku enjoy jadi jahat dlu...NO WAY bro n sis...spttnye bila kita terlalai kita sepatutnye terus beristighfar dan kembali ke pangkal jalan...tu yang sepatutnya...bukankah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani....sehinggakan Allah memberitahu kepada kita dalam al-quran :


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ 


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa"

(ali imran : 133)

  dan ingatlah bro n sis..sesungguhnya setiap anak2 Adam itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan , maka setiap kesilapan itu ialah dgn bertaubat...semoga bermanfaat ap yang ana share dgn bro n sis...:)




-jejaka topengan kegelapan-

Thursday, June 14, 2012

did u forgot??

بسم الله الرحمن الرحيم



  alhamdulillah dengan izin Allah mr.j masih dapat menghirup udara yang segar lagi nyaman...hoyeahh..:)...bro n sis kita tidak seharusnya melupakan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kepada kita sama ada nikmat atau dugaan..bukankah kita telah diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya??

firman Allah Ta'ala : 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ


"dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"

(ad-dzariyat : 56)

  oleh itu bro n sis jangan lupa , kita sebagai muslim dan mukmin , setiap perbuatan kita diberikan ganjarannya..apabila kita berjaya hendaklah kita mengucapkan syukur pada-Nya , dan bila kita ditimpa dengan musibah pun hendaklah kita bersyukur kepada-Nya..Kita mungkin tidak tahu bahawa kadang2 nikmat yang kita rasakan itu boleh membuatkan kita alpa dan leka...dan kita juga mungkin tidak sedar bahawa ujian dan dugaan yang menimpa diri kita itu membuatkan kita ingat pada-Nya..sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana...alhamdulillah mr.j sudah settle menduduki peperiksaan akhir thn bagi pengajian tahun 1..mohon bro n sis doakan mr.j semoga berjaya dalam peperiksaan ni dgn cemerlang..


   sebenarnya bro n sis , mr.j nak tanya..pernah tak kita muhasabah diri kita setiap kali kita diberikan nikmat dan dugaan..adakah kita selalu mengucapkan syukur setiap kali kita diberikan nikmat dan adakah kita selalu merungut apabila ditimpakan dugaan walaupun pada hakikatnya ujian dan dugaan itu hanyalah kecil berbanding apa yang telah dilalui oleh saudara2 seaqidah kita diluar sana dimana ujian dan dugaan mereka lebih berat berbanding kita...


jom kita jadi hamba bersyukur yang seOSEM mungkin


   marilah kita bermuhasabah kembali bro n sis..bermuhasabahlah kembali agar kita sentiasa ingat kepada-Nya..supaya kita tergolong dalam golongan mereka yang bertakwa di sisi Allah...dan yang xberapa nk akhir sekali , mr.j nak ajak bro n sis sekalian agar jgn lupa sentiasa mendoakan saudara2 kita diluar sana yang ditimpa dugaan yang amat berat agar mereka diberikan kekuatan dan kemenangan atas kesabaran mereka dlm menempuh dugaan...jgn kita pernah lupakan mereka bro n sis....


-jejaka topengan kegelapan-

Wednesday, June 6, 2012

five in one

بسم الله الرحمن الرحيم



wahai da'ie yang OSEM
jadilah seorang iron man
menggunakan kebijaksanaannya
pada sangat yang genting
seperti sahabat r.a Khalid Al-Walid


wahai da'ie yang KACAK
jadilah seorang batman
menginfaqkan hartanya
demi kepentingan orang ramai
seperti shabat r.a Abdurrahman Al-Auf


wahai da'ie yang HOYEAH
jadilah seorang hulk
menggerunkan setiap musuh
dan berani menentang musuh
seperti sahabat r.a Umar Al-Khattab


wahai da'ie yang SMART
jadilah seorang spiderman
mengetahui akan besar tanggungjawabnya
seperti para sahabat nabi r.a.
dalam menyebarkan islam


wahai da'ie yang MANTAP
janganlah dikau berdukacita
kerana dalam dirimu itu
terdapat mutiara yang berkilauan
lebih bernilai dari segala permata dan perhiasan


-jejaka topengan kegelapan-

Tuesday, May 15, 2012

jom cakna yokk


بسم الله الرحمن الرحيم
   
     Kebelakangan ni sangat banyak orang mengepost tentang isu-isu ummat. Bagus2 ^-^. Nampaknya ramai yang sudah makin ambil cakna tentang isu saudara seaqidah kita. Harapnya semua itu memang lahir dari hati dan bukannya hanya mengikut sesetengah pihak sahaja. Sukalah saya nak bercakap tentang satu ayat al-Quran yang saya rasa sangat tidak asing lagi bagi ikhwah dan akhowat yang sudah lama ditarbiyah ini. 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara
(49:10)

    Ayat surah Hujurat ini memang sudah sangat popular dalam kalangan masyarakat kita sendiri. Setiap kali ingin beri tazkirah tentang ukhuwah, pasti lah ayat ni yang menjadi pilihan. Hingga akhirnya semua orang sudah terlalu biasa dan kurang ambil cakna tentang maksud ayat tersebut. Mengapakah..? Secara jujurnya kali pertama saya dengar ayat ini, tiada yang terlintas dalam hati saya selain fakta yang biasa. Itulah masalah sebenarnya pada manusia ini. Kebiasaannya mereka hanya mengambil maksud sesuatu ayat tersebut sebagai fakta atau isi bekalan untuk tazkirah sahaja. Tidak merasakan feel dalam ayat tersebut. Teringat satu akh berkata " nak faham deen ni bukan dengan kita pelajari hukum2 feqah, tapi perlu gunakan hati. Macam mana..? kene ada feel~ " Sebab itulah jika dilihat para sahabat, tidak ramai yang meriwayatkan hadis-hadis nabi. Hanya sedikit sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah. Sahabat yang biasa kita dengar seperti Khulafa ar-Rasyidin jika kita perasan tidak banyak meriwayatkan hadis. Jadi kefahaman dalam deen itu bukanlah dinilai pada banyaknya hafalan hadis dan al-Quran. Tapi lagi banyak hafal lagi bagus lah kan..?

   Baiklah, berikutan peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak ni, pertamanya adalah Mogok Lapar di Palestin atau dalam bahasa omputihnya Hunger Strike. Penangan peristiwa tersebut menyebabkan FB bertukar menjadi coklat dengan profile picture yang sama. huh~ menakutkan. Peristiwa kedua pula adalah berlaku pada hari ni iaitu peristiwa Hari Nakbah atau omputih ghoyak The Disaster Day. Apa yang menariknya dua peristiwa ni..? Sebenarnya apa yang menarik adalah kita dapat menilai sejauh mana kita beriman dengan ayat tadi (49:10). Anda mungkin boleh mengatakan bahawa anda sayang kepada mereka yang berada di Palestin sana, dan sentiasa berasa belas kasihan pada mereka. Tapi apakah bukti perkara tersebut. Apakah sudah anda update tentang peristiwa yang berlaku di sana..? Ataupun apabila sudah ramai menjadi coklat profile picturenya baru ingin tergesa-gesa menukarnya juga..?



يوم النكبة


Relaks lah bro. Anda tidak perlu melakukan semua itu. Sungguh..? Bukanlah itu saya maksudkan. Tapi cukuplah anda melakukan apa yang anda rasa sewaktu itu. Jika memang benar anda cakna tentang isu di sana, maka pasti anda akan membaca tentang perkara tersebut. Dan jika anda tidak pernah peduli tentang keadaan mereka di sana dan hanya di kata-kata sahaja, maka pastinya anda tidak akan sibuk mencari berita tentangnya. Bukankah..? Semua pada hakikatnya berlaku secara spontan. Iman anda yang akan menentukan tindakan anda. Tak perlu pura-pura dengan diri sendiri kerana anda akan berasa tertekan jika berpura-pura. Bayangkan jika seorang yang tidak pernah solat fardu, tiba-tiba diajak untuk solat tahajud di 1/3 malam terakhir..? Pastinya dia sangat terseksa untuk melakukannya. Begitu juga anda mengajak murabbi osem untuk ke kelab malam yang sangat dipenuhi dengan ramai orang yang berpakaian separuh benang. Bukankah itu menjadi satu penyeksaan bagi mereka..?

Jadi sekiranya memang benar anda beriman dengan ayat tadi, maka secara spontannya anda akan sibuk mencari berita dan maklumat tentang keadaan mereka di sana, mendoakan mereka dan sentiasa ingat akan mereka. Sekiranya tiada semua itu, ketahuilah bahawa anda masih belum bersedia untuk mati. Mati..? Mana tidaknya, tak kan lah nak mati dalam keadaan iman tak sempurna. Kan..? Cuba kita lihat pula pada Hadis ke-13 dalam Hadith 40,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(رواه البخارى و مسلم)
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya

Jadi bolehlah kita tepuk dada tanya selera. Jika anda berselera, ahamdulillah tapi jika sebaliknya, cepat2lah usahakan untuk mendapat selera tersebut. Isu ini bukan hanya melibatkan keperihatinan sebagai seorang manusia, tapi yang lebih penting melibatkan isu 'aqidah kita. Kerana iman anda juga bergantung pada kasih-sayang anda pada mereka. Tahu atau tidak..? 



هل تحبّون فلسطين..؟

  Jadi apa tunggu lagi..? Cepat-cepatlah istighfar dan update dengan isu saudara kita di sana. Sangat pelik jika anda sibuk berbicara tentang hukum itu dan ini serta menghafaz sangat banyak al-Quran dan Hadistapi tidak mengambil peduli tentang isu ummat. Fuh~

Wahai orang-orang Palestin, kami juga saudara kamu. Kami sentiasa ingat akan kamu dan mendoakan kamu di sana. :)

peace ^-^

Jzk~


-copy paste dari akhi nakal-

-jejakaminatadidas-

Tuesday, May 8, 2012

you r fired !

بسم الله الرحمن الرحيم



 ape khbr bro n sis yang mr.j kasihi sekalian..?(diharapnya semua sihat2lah ye)hehe....mr.j , awat suspen sngt post title mr.j kali ni...mr.j kene pecat dari kerja ke?hehe..dah agak dah mesti bro n sis pelikkan..haiya..*gulpp mr.j mana kerja lagi....i am a student you know...habis tu?haa nilah mr.j nak habaq ni...ce sabor ce sabor sikit...


 ini bukan pasal kerjalah...dan kerja yang paling utama bg mr.j ialah dakwah..dgn erti kata lain kita bekerja kerana nk menyeru orang lain supaya sentiasa melakukan perkara2 ma'ruf dan mencegah perkara2 mungkar....tulah kerja utama bg kita bro n sis...dan sepatutnya kita tidak boleh berhenti dari terus melakukan kerja yg ganjarannya betul2 fulaweyhhh mr.j cakap...ingt bro n sis jgn pernah sekali kali kita berhenti dari jalan dakwah ini...(senyum sambil menunjukkan cap jari yang begitu OSEMness ditambah lagi dgn kerdipan mata yang xberapa nk menawan..haha)


  sebenarnya mr.j ingat buat sementara waktu ni mr.j nak angkat jari dari terus menaip-naip butang2 yang begitu masyukk,yang sentiasa membantu mr.j dalam menyebarkan kebaikan yang dapat dikongsikan bersama....lah awat mr.j , nak tutup blog ni ke?aik bro n sis..amboi cam xsuke je kan mr.j menyebarkan kata2 indah yang masyuk lagi xperlu kata apa2...tidaklah bro n sis...actually mr.j dah nak masuk fatrah exam...maklumlah mr.j lebih nak tumpukan kepada final exam bagi semester pertama mr.j kat bumi anbiyya' ni...


  kalau boleh mr.j taknaklah hanya menjadi seseorang yang asyik menyeru kepada kebaikan tapi pelajarannye terabai...tidak mahulah...lau boleh biarlah 2 perkara yang penting ini bergerak selari..lagipon memang itulah yang dituntut dalam islam...bolehlah bro n sis tgk belajar rajin2 nak...kalau boleh biarlah kita menjadi seorang da'ie yang begitu HAYBAT n OSEMness ditambah lagi dengan ilmu yang ada dlm dirinya..p jgn kita lupa bro n sis..haa...ceng ceng ceng..walau sedalam mane pon ilmu kita kita hendaklah ingt bahawa bila makin lama kita menuntut ilmu itu hakikatnya kita makin jahil...ingt tu bro n sis..dan kita hendaklah merendah diri n jgn bongkak...

" dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.sungguh , Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri "

( luqman : 18 )

 so , mr.j ingt dlm masa sebulan ni mr.j nak tawaquf dr menulis blog..for a temporary je ok..insyaAllah hbs exam i will continue menulis tulisan2 chenta..apepon dalam fatrah exam ni kita jgn lupa Allah k bro n sis..perbanyakkan berdoa kepada Dia..insyaAllah Dia mendengar doa2 hambaNYa...dan ingat bila kita merasa down bacalah 'ayat2 chenta' yang telah Allah berikan kepada kita selaku hambaNya di atas muka bumi ini...

 last but not least , mr.j nak minta maaf andai post2 mr.j selama ni tidak berdasarkan dakwah dan tarbiyyah...dan mr.j nak minta ampun andai ade tersalah bicara..doakan mr.j berjaya menjawab seluruh soalan dengan jayanya ye...:)



-jejakaminatadidas-

Wednesday, May 2, 2012

belaja rajin2 nak....

بسم الله الرحمن الرحيم



  aduh...ni ape ni mr.j....belaja belaja belaja...bosanlah mr.j...stress tau kpale ni...*chop chop chop..haiya bro n sis,kita selaku org yang beriman sepatutnya jgn ltak dlm minda kita setting cmni...tak elok bro n sis...kita kne 'change mind set' kita kepada something yang betul2 HAYBAT n OSEMness....kita selaku da'ie disamping menuntut ilmu....menuntut ilmu itu merupakan satu kewajipan bagi kita bro n sis...



  percaya tak cakap mr.j,hanya dgn ilmulh kita akan dimuliakan oleh masyarakat di sekeliling kita bro n sis...bile kita berilmu n berpengetahuan dlm sesuatu perkara kita boleh kongsikan dgn masyarakat...dgn ilmu juga insyaAllah kita dpt memulihkan mslh2 yg dihadapi ummah pd zmn skrg ni...tetapi jgn kita lupa bro n sis...belaja2 jugak..p tu ha..(lihat kanan lihat kiri)ape dye mr.j??ha,jgn kita lupa pada Allah...ingt sesungghnya Allah merupakan sebaik2 tempat tuk kita bergantung setelah kita berusaha bersungguh2....



  bukan ke menuntut ilmu ini merupakan hak kita sebagai seorg muslim dan mukmin...teringat ana kat sebuah hadith nabi s.a.w...maksudnya:


"menuntut ilmu itu adalah wajib di atas setiap orang muslim"


   ha,dgr tu bro n sis..menuntut ilmu itu merupakan satu KEWAJIPAN ke atas diri kita ni....nak2 lagi kita sbgi khalifah Allah di atas muka bumi ini...bukan tu je bro n sis..ble kita berilmu insyaAllah kita tidak akan mudah dipergunakan atau ditipu oleh siapa2 yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita...jadi,nasihat mr.j kat sini(nasihat tuk diri mr.j sendiri jgk ok)marilah kita menuntut ilmu sebaik mungkin...hanya org yg jahil saje akn merasakan diri mereka sudah cukup dgn ilmu yang ade...ketahuilh bila kita semakin mengejar ilmu itu sbnrnye diri kita ini amat sikit sngt pengetahuannya..bnyk lg yg perlu kita pelajari..(fahamkn mksd mr.j)

firman Allah s.w.t:

"katakanlah : tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada ilmu pengetahuan"

(az-zumar : 9)




-jejakaminatadidas-

Wednesday, April 25, 2012

you-turn-poit

بسم الله الرحمن الرحيم




    assalammualaikum bro n sis yg mr.j sayangi,

  hehe..ermm..you-turn??mr.j suh kite orang pusing ke??pusing ke mana..ingat ni blaja amik lesen memandu kereta ke??!!opss,fullstop kat situ..aiyahh...bukan maksud tu yg mr.j nk cakapkn..hehe..:)ha mai sini meh...mr.j nak habaq ni mksd mr.j kat situ...*ceng cen ceng*haha...adeh mr.j ni..tak payah nak ceng ceng ceng sangatlh kan..ok2..im sorry bro n sis...bawa bertendang bawa bertendang...oppss.(lihat kanan lihat kiri,salah ckp pulak =.=)bawa bertenang ye...selawat pada nabi Muhammad s.a.w bnyk2...:D



  ni ha,mksd mr.j you-turn kat sini ialah ble bro n sis wat slh o ade mslh ke cepat2lah u turn pada Allah..bukan tu je..time senang pun jangan nk laju je straight sampai xtau penghujungnye...lau blh ble senang pon u turn lh jgk mksd mr.j dgn merendah diri or besederhana ble dpt nikmat...lau blh..kongsikn nan org len pon bgus psl kebahagiaan kita tu..InsyaAllah dpt ganjaran dye....



  sepatutnya bro n sis ble kita dh terlajak dr landasan yg dibenarkan islam sama ada dlm kesenangan o kepayahan hndaklah kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri atas segala nikmat dan dugaan yang diberikn terhadap diri kita ini...perumpamaan yang blh mr.j bagi kat sinilah kn...kita drive kat highway,well bro n sis pon taukan kat highway mmg xde jln tuk u turn melainkan simpang exit..rite..so ble kite dgn selamba ikan bilisnye dgn penuh keyakinannya(walau pada asalnye kita xyakin pon)tetap menerusakan perjalanan kita kat highway tu,katalah kita dr jb nak ke kl..kan xpasai pasai dgn ke'cerdik'an iq kita yg fulaweyhh xtaulh nk ckp cmne kn membuatkn kita smpi ke perak..haa..tu dye..perak terus...kan rugi masa kat situ,rugi wang lagi,rugi minyak pulak tu..




  so bro n sis,mr.j mls nk ckp bnyk2..hehe tau bro n sis bosan dgr mr.j ni duk meloteh cocet cocet xhenti2..hehe...(senyum xperlu kata ape2)..selagi mr,j blh berceloteh popet2 tuk mengajak kearah kebaikan dan peringatan kita bersama,mr.j akan cbe...dan mr.j tau ap yang mr.j post ni pasti Allah akn uji hambaNya yang lemah ni....sama2lah kita memperingati diri kita ye bro n sis...^.^


-jejakaminatadidas-

Tuesday, April 17, 2012

sayonara akhi yang HAYBAT lagi OSEM...

بسم الله الرحمن الرحيم




mr.j ni kenapa cam sedih je post mr.j kali ini...hehehe...mne ade sdih bro n sis..xnmpk ke ni mr.j tersenyum lebar sampai ke telinge..:D....mybelh sedih tetapi sedih dlm gembira...hari ni kembar mr.j(yang selalu diura2kn semua ikhwah kat sinilh kn..yg xhabeh2 duk kate mr.j ade twin kat sni)ayoyoyo...hehe...apepon tbe2 rini terasa seperti khlngan twin(ceh poyo punye mr.j bru skrglh nk mengaku bnde tu..err =.=)rilex2 bro n sis..jgn emotional thp ke-5 sudah..


  apepon mr.j teramat sayang dgn kembar mr.j ni..mane tak..dye merupakan seorang akhi yang HAYBAT lagi OSEMness...bnyk berkongsikan pengalaman hidup dye yang agak pelik n mempunyai awkward moments...hehe...mmg twin mr.j tu klakalah orangnye...teringat sblm hari perpisahan dgn twin mr.j tu ia ade cakap sesuatu yang dia xsuka iaitu ta'aruf...hehe mmg klakalah ble mr.j dgr...dah terukir senyuman mnis dh time tu...mr.j pon ape lagi cucuklah haha kate 'aik akhi lau ta'aruf xkan ade rase cinta tukan?..nak tak nak kita tetap kena ta'aruf..pling simplelah contoh yg mr.j bg lau time nk 'berdua' dh nnt,mctlh kena ta'arufkan'..(ehem2..aih mr.j,smpi ke citu ea conth mr.j...ape dia,ape dia bro n sis,lihat kiri lihat kanan)taklah mmg kenyataan kan...bukan ke ta'aruf tu sesuatu yang amat penting rite...

firman Allah s.a.w:

”Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan 
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenalSesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.”


 (Al-Hujuraat:13).


 akhi twinku,seanadainaya dikau mengalami ke'futur'an dlm membasahi jiwa dan hati mu,ingtla kembali dan kenangknlh kembali surat2 chenta yg pernah dikau terima dikala kita makan bersama di sebuah restoran yang akn sentiasa mengingatkn dirimu akan perjuangan kita di sini...restorsn NIL..sinonim dgn tmpt ni...dikala dikau futur juga kenanglh kembali sangat2 kita berada dlm mjlis ilmu bersama,membaca doa robithoh dgn pnuh penghayatan shingga mnitisnya air mata kita yang selama ini kekeringan...


 akhi dirimu ini bnyk membantu diri ini yang bnyk kekurangan..mr.j bersyukur sbb kita disatukan dgn ikatan ukhuwah yang kuat iaitu ukhuwwah fillah...dikala mr.j bnyk wat salah dikau menegur mr.j...dikala mr.j rase down dikau cbe menggembirakan hati ini dgn plbgi ibrah yang pnuh makna tersurat dan tersirat...engkaulh akhi yg HAYBAT lagi OSEM....:)..syukran akhi..


"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." 



(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)



p/s:sentiasalah menjadi murabbi yang osem..:)


-jejakaminatadidas-

Friday, April 13, 2012

apa yang paling OSEM dlm hidup anda??!!

بسم الله الرحمن الرحيم



  ha,apa yang paling OSEMness n HAYBAT dalam hdup bro n sis...ceng ceng ceng...soklan cepu emas tuk br n sis..hehe(walaupon penat tetapi cuba menceriakn diri ini)...of courselh dlm hdup bro n sis pasti ade something yang specialkan or something yang blh dikatakn fulaweyyhhh dlm hdup bro n sis yang amat bernilai ni..:)


  tidak terkecuali mr.j jugak bro n sis..mr.j sendri pon ade kenagn yang mantop lagi meletup tuk diingati..:)..(amboi meletup2 ea mr.j ingt mercun pop pop ke)..rilex lh bro n sis..tak boleh gurau nampak..;)..nak tau ke knangan ap yang meletup pop pop yg mr.j ckp kn tu??!!..teng teng teng(soundtrack starwars mai..haha)...kenangan tersebut merupakan kenangan bilamana diri mr.j ini mendapat sentuhan dakwah dan tarbiyyah yg betul2 marvellous lagi delicious gitu..:)...


  bila teringt balik kenangan diri ini mendapat sentuhan awal dari D & T eperti apa yang pernah dipostkan oleh mr.j sendri dlm post sblm ni,memang kelakarlah bro n sis..mmg mr.j ini sblm mndpt sentuhan yg special tu merupakan seorang akhi yang amat nakal...p ble dh dpt sentuhan D & T yang lagi bahaya n berbisa sentuhan ni   diri ini terasa bagai lebih berharga dan disayangi..ai mr.j disayangi oleh sape tu??..(errr =.= ok bepeluh kecil nk jawap soklan cepu yang xberapa nak emas sngat tu)sudah tentulh disayangi oleh family mr.j sendri dan yang paling penting ialah disayangi oleh sang Pencipta yang Maha Esa..


  bila flashback balik time zaman nakal2 dulu mmg tegelak sorg..hehe kdg2 terasa sdih n menyesal pon ade gak..:(..p mr.j bersyukur kerana msih dberikn atau dicmpakkn dalam hati ini hidayah dan inayah dariNya...teringat satu hadith nabi s.a.w:


 "الناس معادن , خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا"


maksudnya : "manusia seperti logam , terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa islam              
                    , sekiranya mereka faham"

sahih bukhari




  ha,bila teringt hadith ni mr.j terasa diri ini amat bertuah sekali kerana mendapat sentuhan D & T ini..sedangkan ramai lagi yagn masih terkapai-kapai dgn arus lautan duniawi dan masih tercari-cari D & T yang mampu 'mengugat' diri mereka..(gulppp seram sejuk dh bdn ni dgr mr.j ckp cmtu)...teringatlah plak kata dari seorang akhi ni..dye ade ckp tarbiyah ni diibaratkan perangkap tikus , bila sekali sudah dingapnye umpan tu mmg payah tuk meloloskan diri kita..begitulah perumpamaan D & T yang telah berjaya menawan hati mr.j ni...setiap kali mr.j ingin meloloskan diri dri perangkap tarbiyyah ini , pasti mr.j akan ditegur oleh ikhwah n perbetulkan kesilapan mr.j...mr.j berasa bertuah n berutnung teramat sekali...so bro n sisi bile lagi mau dapat kenangan merasakan penangan D & T yang mampu mengugat jiwa raga bro n sis seperti mana ia tlh berjaya menawan hati mr.j ini.?!..so fikir-fikirknlh ye..:) (senyum tak perlu kata ape2)...



-jejakaminatadidas-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...