OSEM tak ayat2 chenta ini??

Thursday, February 9, 2012

jalan ini sumpah panjang 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم




Sebelum kita dijerat, ditangkap dan ditarik masuk untuk bersama-sama gerabak dakwah ini, kita berhadapan dengan cabaran jahiliyyah yang amat getir. Kita amat sukar untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah yang cukup berkarat dalam diri. Baik permainan video, kapeling ilapu ulapme, rokok dan cerut Cuba, video-video lucah, wayang, shoping tak hengat dunia, sifat-sifat mazmumah dalam diri dan ok banyak lagi penatlah saya nak menulis kesemuanya hey! Peluh kecil.

Jahiliyyah ini menarik kita ke belakang, melambatkan perjalanan kita berubah dari seekor raksasa gorgon menjadi manusia suci mata bersinar-sinar. Syaitan yang membisikkan rasa was-was, bersungguh-sungguh menghasut kita supaya berfikir lapan puluh lapan kali sebelum benar-benar mahu komited atas jalan ini. Mampukah aku? Uish banyak benda tak boleh buat; ni tak boleh, tu tak boleh, leceh lah! Banyak benda aku kena berkorban atas jalan ni.. Aku tak cukup ilmu, aku tak baik. Bla bla bla..

Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan keazaman kita, berkat bimbingan habang-habang dan hakak-hakak serta sahabat-sahabat hoyeeaaahhh yang lain, juga berkat doa, usaha dan tawakkal kita, kita berjaya mengharungi cabaran-bacaran jahiliyyah ini. Karat-karat yang ada berjaya kita kikis; walau tak banyak, sedikit demi sedikit pon dah kira orait apa. Kita lega. Kita mula mahu menghargai riang gembiranya jalan dakwah ni.

Namun belum sempat kita duduk untuk melepas lelah, belum sempat kita melabuhkan punggung untuk berehat seketika, datang pula cabaran baru yang lebih menggegarkan jiwa dan raga. (Lagu latar belakang: "Dia datang.. Teng teng teng!) Perbezaan antara jemaah membuatkan kita betul-betul pening, gelisah dan gundah. Kita diserang bertalu-talu, bertubi dari pelbagai arah.

Habang ni cakap jemaah dia yang betul, jamaah lain semuanya sama ada tak betul atau salah (eh bukan sama je ke..?). Hakak tu pulak dok claim yang cara jemaahnya berdakwah adalah yang paling bagus di seluruh galaksi bimasakti. Belum lagi dihitung menggunakan sempoa, kutukan, cacian dan jatuh-menjatuhkan yang tampak begitu meriah, riang dan rancak dilakukan oleh mereka-mereka yang konon-kononnya mahu menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Rakan-rakan kita yang baharu sahaja 'terjerat' sama turut seronok menyertai pertunjukan sarkis ini; walhal mereka juga masih baru dan mentah di atas jalan ini. Allah..

KIta langsung jadi keliru. Pening. Bukan sekali kita menjadi ragu-ragu, tidak keruan sama ada keputusan kita dahulu untuk menyertai gerabak dakwah dan tarbiyyah adalah betul atau tidak. Kita ditarik dari pelbagai arah; kita didesak untuk membuat keputusan segera, sama ada mahu sertai jemaah X, jemaah Y atau jemaah Z. Dan kita menjadi bawah, sangat bawah sehinggakan syaitan dan hawa nafsu sekali lagi mengambil peluang ini untuk menembak bisikan-bisikan keji dan syaitonirojim.

Tetapi entah mengapa, Allah rupa-rupanya masih sayang kepada kita. Dia masih mahukan kita untuk berada di atas jalan ini. Kita berjaya karate dan patah-remukkan bisikan-bisikan jahat syiatonirojim yang menyerang kita bertubi-tubi. Alhamdulillah.. (Mode terharu air mata mengalir perlahan). Kita buat keputusan dan kita berazam untuk tajarrud dengan jemaah dan gerak kerja yang telah kita pilih. Dan insha-Allah, kita yakin itulah yang terbaik untuk kita. Selebihya kita serahkan padaNya untuk bimbing dan tunjukkan jalan kepada kita. Kita yakin dan beriltizam yang dakwah kita adalah mengajak orang kepada Allah dan Islam yang pertama, baharulah ajakan kepada dakwah dan jemaah itu yang kedua dan ketiga.

Baharu sahaja kita mahu menarik nafas lega, baharu sahaja kita mahu mengelap peluh dan keringat yang membasahi dahi, ketiak dan tubuh badan kita, jeng jeng jeng, rupa-rupanya kita bakal berdepan dengan cabaran yang jaaauuuhhh lebih getir dan mengalirkan peluh besar dengan begitu banyaknya. Kita sangkakan selesai sudah jahiliyyah, selesai sudah isu jemaah, kini kita boleh bergerak dengan lebih laju dalam dakwah dan tarbiyyah. Kita fikir setelah berjaya mengharungi dua cabaran yang awal itu, kini kita boleh benar-benar fokus dan menumpukan sepenuh tenaga, keringat dan kemahuan kita pada the core business kita ini.

Ku sangka panas hingga ke petang kerana banyak dik oii akak jemur kain kat luar tu..! Err... Sekali lagi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya salah tengok ramalan cuaca. Kali ini mehnah dan tribulasi yang menimpa benar-benar berat, sehingga terduduk kita dibuatnya. Terkesima. Masalah apa itu yang sungguh berat lagi menghentam jiwa..? Masalah dalaman; tikaman dan serangan yang berpunca dari dalam. Adeh.

Kita sangkakan bila sudah berada dalam satu jemaah, semuanya mempunyai gelombang otak yang sama; semuanya boleh riang gembira untuk bekerja bersama-sama bagi mencapai halatuju yang sama. Kita pasti yang semua yang berada dalam jemaah ini benar-benar seriyes dan komited untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, maka sudah tentu setiap daripada ahli jemaah sudah sanggup untuk berkorban kepentingan diri sendiri. Kita fikir dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh jemaah, sudah pastilah ahli-ahlinya memegang erat antara satu sama lain, saling membimbing, saling mengingatkan dan saling berlapang dada dan sanggup untuk mengenepikan apa-apa sahaja yang boleh menghalang daripada matlamat ini tercapai dengan jayanya.

Rupa-rupanya kita tersilap; tersilap tahap tersungkur dan batu besar menghempap kepala. Kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita terlalu ideal. Masalah ukhuwwah yang melanda benar-benar menjadikan kita sukar untuk bernafas; hati kita berat dan jiwa kita resah. Berkali-kali kita cuba mencari penjelasannya, dan setiap kali itu juga kita gagal menemuinya. Jika ada pon, itu tidak lebih sebagai penyedap hati, halwa perasaan dan gula-gula jiwa.

Jauh di dalam hati, kita tahu yang masalah ini amat sukar sekali untuk diselesaikan. Kita rasakan kita betul; orang lain juga merasakan mereka yang betul. Yang menjadikan masalah ini lebih pedih lagi adalah kerana masing-masing berada di dalam pasukan yang sama. Tiada penyelesaian. Jalan buntu. Ego yang menguasai diri menjadikan masalah lebih teruk lagi. Allah.. Belum lagi diambil kira masalah-masalah hati yang sudah parah, membarah sehingga peringkat kesembilan. Dengki, takabbur, buruk sangka, hasad dan entah bermacam lagi penyakit hati... Semua ini menjadikan lutut kita lemah, langkah kita berat dan tubuh badan kita longlai untuk terus berada di atas jalan ini. Air mata mengalir laju.

Kita sedih. Kecewa. Buat pertama kalinya setelah sekian lama, kita ragu-ragu dengan jalan ini. Kita tidak pasti keputusan kita di awal-awal dahulu untuk bersama-sama dengan saf perjuangan ini adalah keputusan yang tepat. Beberapa kali kita bermuhasarawak mencari-cari jawapan, dengan harapan ketenangan akan datang mengetuk pintu hati. Gagal. Kita resah. KIta menjadi gundah. Kini kita faham mengapa tidak kurang orang yang keluar jemaah semata-mata tidak tertanggung dengan masalah ukhuwwah. Astaghfirullah..

(Jujur, sukar untuk saya menghabiskan post ini.. Tarik nafas dalam-dalam)

Tetapi, kita sedar dan faham, keluar daripada jemaah, apatah lagi dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah itu akan lebih memburukkan keadaan. Masalah lama tidak selesai dan kita bakal pula mengumpul bermacam-macam masalah-masalah lain kelak. Kerana itu kita kena kembali kepada asas dan batu-bata perjuangan ini; dakwah dan tarbiyyah kita hanya untuk dan kepada Allah semata, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu.

"Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya."

[ali-Imran, 3:103]

Dalam keadaan diri kita yang masih lemah, tenaga yang telah banyak dihabiskan dek melayan emosi dan sakit kepala juga kecelaruan otak yang masih berselirat, kita bangkit semula. Kita kumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada. Kita tanamkan semangat dan azam yang baru; perjuangan ini mesti diteruskan. Berputus-asa bukan moto kita. Kembali ke zaman dolu-dolu sekali-kali bukan pilihan yang ada.

Kita amat bersyukur kepada Allah kerana kita diizinkanNya sekali lagi untuk masih sama-sama berada di dalam saf perjuangan ini.

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."

[ali-Imraan, 3:9]


Terima kasih ya Allah.

Ayuh ikhwah wa akhawat! Ya, jalan ini sumpah panjang, tapi jalan ini sahajalah yang kita benar-benar yakin dapat membawa kita ke sorgaNya yang hakiki dan abadi. Ya, jalan ini sukar, penuh dengan ranjau, onak dan duri tapi di sebalik fitnah dan mehnah yang ada, jalan inilah yang suatu ketika dahulu telah menyelamatkan kita daripada jurang api nerakaNya!

Bangkitlah wahai pejuang-pejuang agama sekalian! Jadilah seperti hawariyyun yang ketika mana Nabi Isa AS menyeru mereka untuk bersama-samanya di atas jalan yang sumpah panjang ini, mereka pantas menyahut seruan suci itu! Ketepikan segala emosi, kepentingan diri, lelah dan penat pada diri juga masalah-masalah ukhuwwah yang memedihkan sanubari dan terus maju ke hadapan! Ketahuilah, Dia, malaikat-malaikatNya yang setia, para anbiya', dan para salafus soleh sedang menanti kita dengan terujanya di sorga sana..!

Ayuh!


Moga jalan yang aku pilih ini jalan ynag diredhaiMu ya Rab..


"Two roads diverged in a yellow wood, and I - I took the one less traveled by. And that has made all the difference." - Robert Frost

-gabbana-


-copy from n credit 2 inche gabbana-

hanya pantai menjadi saksi 1.0

بسم الله الرحمن الرحيم



 perghh,title post mr.j xblh bla lahkn kali ni...fulaweyyhh mmg mat jiwang karat..haha..(ops2 maaf bro n sis xprsn bro n sis ade di cane)mesti bro n sis tertanya-tanyakan npe yang mr.j ni memanjang nk jd mat jiwang jekan..haha...p tuk post kali ni mmg mr.j jiwang sikit...jiwang dan rindu pada hbgn ukhuwwah yg fulaweyhhh mmg OSEmness n terHAIBATlah mr.j cakap...mmg xmampu diungkapkn dgn kata2 ni...


 bialah pantai R'as El-bar menjadi saksi hbgn ukhuwah kami...mmg touching kot prsn mr.j time 2...dpt jpe nan member2 yang haibat...ikhwah dr Jordan dan ikhwah dr muhafazah lain di dalam bumi anbiyya itu sendri yang bnyk membawa seribu satu kenangan...(nk juga last tu satu)of courselah,dlm seribu 2 bialah ade satu kenangan yg btul2 fulaweyyh mr.j cakapkan.....mmg ble kita futur kita blh jd bsh kembali dgn flashback memori2 tersebut.....


  yg xblh tahan 2 bg mr.j ialah ternyata Bumi ni sbnrnye xdelah bsr mane pon(pada hakikatnye sbnr mmg bsr..:p haha)kecik je kot....xsngke member2 yg tlh lama lost contact sblm ni blh bertemu di kawasan tepi pantai yang nyaman sekali udara persekitarannya....selama 4 hari mr.j membina hbgn ukhuwah seaqidah bersama member2 yg mencecah seratus lbh org...mmg pengalaman brulh bg mr.j...spnjang 4 hari 2 mmg hbgn ukhuwwah 2 mulai menebal lah yg mr.j blh ckpkn..sbb 2 mr.j ckp prkre ni susah yg teramat tuk diungkapkan...lau dpt pon cme 1 perkataan yg mr.j dpt ungkapkn.. SUPER  DUPER HAIBAT...myb 2 kot pling sesuai tuk gmbrkn...


 antara kenangan yg pling merapatkan ukhuwwah mr.j n member2 ialah time main rugbi selipar...fulaweyhhh,mmg xhengat dunia time 2....time 2 mmg xpikir sape dh satu team bsr 2(biasa ta'aruf nan team sndri p tuk game kali ni gbung nan tiga team)mmg xtaulah teammate sapekan....p sbbkan ukhuwwah yg tlh terbina dlm masa yg singkat tu setiap team mnunjukkan performance yg btl2 OSEM thp gaban....umpama mempertahankan islam itu sndri...(wa tgk time 2 mmg dh cam perang dh wooo)

  msing2 mengerahkan segala kudrat tuk mempertahankn misi mereka.....jatuh naik balik jatuh naik balik sehinggalah hbs perlawanan spnjg 7 minit......mmg mcm jaisy btllh time tu..(dlu prnh teringin nk msk tntera p ade sbb hlngn2 tertentu :) yg watkan wa xdpt join).....mmg perlukan tarbawi yg mantap disamping mentaliti yg kental gilerrlah wa cakap...bnykknlh yg dtg menyerang kita tu org yg mempunyai pelbagai keistimewaan msing2 dr segi fizikal teknik dan mentalitinye....pas hbs game 2 mr.j teringatkan satu hadith nabi s.a.w... maksudnya:
 
    " sesungguhnya orang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu 
binaan , sebahagian menyokong sebahagian yang lain "

                                                                                                                                      sahih bukhari

pas game tu makin bertmbhlah mr.j ckp ukhuwwah kitorg 2...kamcing giler..haha...pnjglh plak wa nk tulis...xpela wa wat dlm siri yg strusnya lpas ni..risau plak kn tulis pnjg2 lebar bro n sis jadi muak plak nak bace tulisan mr.j ni..haha..(gurau je)bialah sikit p pnuh makna dalam isinya tu...btl x??bnyk lg kot mr.j nk kongsikan nan bro n sis...insyaAllah nnt wa smbg lg penulisan blog wa ni...:) sekian...


-jejakaminatadidas-

muqaddimah

بسم الله الرحمن الرحيم

 alhamdulillah sebab diberikan kesempatan untuk membuat blog...hehe...sempena umo yg makin muda tapi xberapa nk muda sngt kan..(maklumlah dah tua)...brulah nk menceburi bloging2 ni...hehe...ape pon wa harap wa dapat memanfaaatkan blog ni dgn bahan2 tarbawi dan  ber'sharing'kn something yang betul2 OSEMness tahap gaban n HAIBAT yang teramat bg makanan rohani dan fikiran kita sume....


 p sebelum 2 maybe wa ni bukan kaki meng'update blog sangat...p insyaAllah sekiranya diberikan masa wa akan cbe sentiasa meng'update'kan blog wa ni untuk sebarang perkongsian dan pencerahan yang bermanfaat....:) wa ni cume insan yang biasa,yang masih merangkak2 lagi dalam dunia tarbiyyah...wa ni dulu sorg budak yang nakal yang teramat (tu untuk suatu ketika dahulu okeyhh)..alhamdulillah ana telah dipertemukan dgn jln dakwah dan tarbiyyah yg pnuh keOSEMMness n keHAIBATANnyee yang tak mampu diungkapkan dgn kata2 insan..hahaha..(ceh ayat bajet nak jiwang jekan)2 sume dulu lah berjiwang2,time zmn kegelapan diri wa...


 skrg ni wa cbe tuk ber'jiwang' dan ber'manje' dalam jalan dakwah dan tarbiyyah yg penuh cabaran nye yang tersndri...semoga Allah sentiasa men'thabat'kan hati wa di atas jln yg penuh kemuliaan ini...jln di mana nabiyyuna Muhammad s.a.w berdakwah untuk menegakkan syiar islam di muka bumi ini....


 oklah bro n sis,wa kne chau dlu..hehe...insyaAllah bila ade masa wa akan cbe untuk sentiasa meng'update'kan blog wa ini...aamin ya rabbal 'aalamin.....sorilah lau ayat wa cam skema skit...p wa x harapkan bro n sis mnilai wa dr segi penulisan tetapi amiklah isi2 yang baik dr blog wa ini...ade pahamm??haha...gurau je...insyaAllah doakanlah wa rajin sentiasa tuk update(ceh sblm ni dh ade blog p dh expired sbb lame xupdate)haha...sehingga kita ketemu lagi wasalam n adios amigos...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...