OSEM tak ayat2 chenta ini??

Tuesday, May 15, 2012

jom cakna yokk


بسم الله الرحمن الرحيم
   
     Kebelakangan ni sangat banyak orang mengepost tentang isu-isu ummat. Bagus2 ^-^. Nampaknya ramai yang sudah makin ambil cakna tentang isu saudara seaqidah kita. Harapnya semua itu memang lahir dari hati dan bukannya hanya mengikut sesetengah pihak sahaja. Sukalah saya nak bercakap tentang satu ayat al-Quran yang saya rasa sangat tidak asing lagi bagi ikhwah dan akhowat yang sudah lama ditarbiyah ini. 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara
(49:10)

    Ayat surah Hujurat ini memang sudah sangat popular dalam kalangan masyarakat kita sendiri. Setiap kali ingin beri tazkirah tentang ukhuwah, pasti lah ayat ni yang menjadi pilihan. Hingga akhirnya semua orang sudah terlalu biasa dan kurang ambil cakna tentang maksud ayat tersebut. Mengapakah..? Secara jujurnya kali pertama saya dengar ayat ini, tiada yang terlintas dalam hati saya selain fakta yang biasa. Itulah masalah sebenarnya pada manusia ini. Kebiasaannya mereka hanya mengambil maksud sesuatu ayat tersebut sebagai fakta atau isi bekalan untuk tazkirah sahaja. Tidak merasakan feel dalam ayat tersebut. Teringat satu akh berkata " nak faham deen ni bukan dengan kita pelajari hukum2 feqah, tapi perlu gunakan hati. Macam mana..? kene ada feel~ " Sebab itulah jika dilihat para sahabat, tidak ramai yang meriwayatkan hadis-hadis nabi. Hanya sedikit sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah. Sahabat yang biasa kita dengar seperti Khulafa ar-Rasyidin jika kita perasan tidak banyak meriwayatkan hadis. Jadi kefahaman dalam deen itu bukanlah dinilai pada banyaknya hafalan hadis dan al-Quran. Tapi lagi banyak hafal lagi bagus lah kan..?

   Baiklah, berikutan peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak ni, pertamanya adalah Mogok Lapar di Palestin atau dalam bahasa omputihnya Hunger Strike. Penangan peristiwa tersebut menyebabkan FB bertukar menjadi coklat dengan profile picture yang sama. huh~ menakutkan. Peristiwa kedua pula adalah berlaku pada hari ni iaitu peristiwa Hari Nakbah atau omputih ghoyak The Disaster Day. Apa yang menariknya dua peristiwa ni..? Sebenarnya apa yang menarik adalah kita dapat menilai sejauh mana kita beriman dengan ayat tadi (49:10). Anda mungkin boleh mengatakan bahawa anda sayang kepada mereka yang berada di Palestin sana, dan sentiasa berasa belas kasihan pada mereka. Tapi apakah bukti perkara tersebut. Apakah sudah anda update tentang peristiwa yang berlaku di sana..? Ataupun apabila sudah ramai menjadi coklat profile picturenya baru ingin tergesa-gesa menukarnya juga..?



يوم النكبة


Relaks lah bro. Anda tidak perlu melakukan semua itu. Sungguh..? Bukanlah itu saya maksudkan. Tapi cukuplah anda melakukan apa yang anda rasa sewaktu itu. Jika memang benar anda cakna tentang isu di sana, maka pasti anda akan membaca tentang perkara tersebut. Dan jika anda tidak pernah peduli tentang keadaan mereka di sana dan hanya di kata-kata sahaja, maka pastinya anda tidak akan sibuk mencari berita tentangnya. Bukankah..? Semua pada hakikatnya berlaku secara spontan. Iman anda yang akan menentukan tindakan anda. Tak perlu pura-pura dengan diri sendiri kerana anda akan berasa tertekan jika berpura-pura. Bayangkan jika seorang yang tidak pernah solat fardu, tiba-tiba diajak untuk solat tahajud di 1/3 malam terakhir..? Pastinya dia sangat terseksa untuk melakukannya. Begitu juga anda mengajak murabbi osem untuk ke kelab malam yang sangat dipenuhi dengan ramai orang yang berpakaian separuh benang. Bukankah itu menjadi satu penyeksaan bagi mereka..?

Jadi sekiranya memang benar anda beriman dengan ayat tadi, maka secara spontannya anda akan sibuk mencari berita dan maklumat tentang keadaan mereka di sana, mendoakan mereka dan sentiasa ingat akan mereka. Sekiranya tiada semua itu, ketahuilah bahawa anda masih belum bersedia untuk mati. Mati..? Mana tidaknya, tak kan lah nak mati dalam keadaan iman tak sempurna. Kan..? Cuba kita lihat pula pada Hadis ke-13 dalam Hadith 40,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(رواه البخارى و مسلم)
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya

Jadi bolehlah kita tepuk dada tanya selera. Jika anda berselera, ahamdulillah tapi jika sebaliknya, cepat2lah usahakan untuk mendapat selera tersebut. Isu ini bukan hanya melibatkan keperihatinan sebagai seorang manusia, tapi yang lebih penting melibatkan isu 'aqidah kita. Kerana iman anda juga bergantung pada kasih-sayang anda pada mereka. Tahu atau tidak..? 



هل تحبّون فلسطين..؟

  Jadi apa tunggu lagi..? Cepat-cepatlah istighfar dan update dengan isu saudara kita di sana. Sangat pelik jika anda sibuk berbicara tentang hukum itu dan ini serta menghafaz sangat banyak al-Quran dan Hadistapi tidak mengambil peduli tentang isu ummat. Fuh~

Wahai orang-orang Palestin, kami juga saudara kamu. Kami sentiasa ingat akan kamu dan mendoakan kamu di sana. :)

peace ^-^

Jzk~


-copy paste dari akhi nakal-

-jejakaminatadidas-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...