بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum kita dijerat, ditangkap dan ditarik masuk untuk
bersama-sama gerabak dakwah ini, kita berhadapan dengan cabaran jahiliyyah yang
amat getir. Kita amat sukar untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah yang cukup
berkarat dalam diri. Baik permainan video, kapeling ilapu ulapme, rokok dan
cerut Cuba, video-video lucah, wayang, shoping tak hengat dunia, sifat-sifat
mazmumah dalam diri dan ok banyak lagi penatlah saya nak menulis kesemuanya
hey! Peluh kecil.
Jahiliyyah ini menarik kita ke belakang, melambatkan
perjalanan kita berubah dari seekor raksasa gorgon menjadi manusia suci mata
bersinar-sinar. Syaitan yang membisikkan rasa was-was, bersungguh-sungguh
menghasut kita supaya berfikir lapan puluh lapan kali sebelum benar-benar mahu
komited atas jalan ini. Mampukah aku? Uish banyak benda tak boleh buat; ni tak
boleh, tu tak boleh, leceh lah! Banyak benda aku kena berkorban atas jalan ni..
Aku tak cukup ilmu, aku tak baik. Bla bla bla..
Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan keazaman kita,
berkat bimbingan habang-habang dan hakak-hakak serta sahabat-sahabat
hoyeeaaahhh yang lain, juga berkat doa, usaha dan tawakkal kita, kita berjaya
mengharungi cabaran-bacaran jahiliyyah ini. Karat-karat yang ada berjaya kita
kikis; walau tak banyak, sedikit demi sedikit pon dah kira orait apa. Kita
lega. Kita mula mahu menghargai riang gembiranya jalan dakwah ni.
Namun belum sempat kita duduk untuk melepas lelah, belum
sempat kita melabuhkan punggung untuk berehat seketika, datang pula cabaran
baru yang lebih menggegarkan jiwa dan raga. (Lagu latar belakang: "Dia
datang.. Teng teng teng!) Perbezaan antara jemaah membuatkan kita betul-betul
pening, gelisah dan gundah. Kita diserang bertalu-talu, bertubi dari pelbagai
arah.
Habang ni cakap jemaah dia yang betul, jamaah lain semuanya
sama ada tak betul atau salah (eh bukan sama je ke..?). Hakak tu pulak dok
claim yang cara jemaahnya berdakwah adalah yang paling bagus di seluruh galaksi
bimasakti. Belum lagi dihitung menggunakan sempoa, kutukan, cacian dan
jatuh-menjatuhkan yang tampak begitu meriah, riang dan rancak dilakukan oleh
mereka-mereka yang konon-kononnya mahu menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Rakan-rakan kita yang baharu sahaja 'terjerat' sama turut seronok menyertai
pertunjukan sarkis ini; walhal mereka juga masih baru dan mentah di atas jalan
ini. Allah..
KIta langsung jadi keliru. Pening. Bukan sekali kita menjadi
ragu-ragu, tidak keruan sama ada keputusan kita dahulu untuk menyertai gerabak
dakwah dan tarbiyyah adalah betul atau tidak. Kita ditarik dari pelbagai arah;
kita didesak untuk membuat keputusan segera, sama ada mahu sertai jemaah X,
jemaah Y atau jemaah Z. Dan kita menjadi bawah, sangat bawah sehinggakan
syaitan dan hawa nafsu sekali lagi mengambil peluang ini untuk menembak
bisikan-bisikan keji dan syaitonirojim.
Tetapi entah mengapa, Allah rupa-rupanya masih sayang kepada
kita. Dia masih mahukan kita untuk berada di atas jalan ini. Kita berjaya
karate dan patah-remukkan bisikan-bisikan jahat syiatonirojim yang menyerang
kita bertubi-tubi. Alhamdulillah.. (Mode terharu air mata mengalir perlahan).
Kita buat keputusan dan kita berazam untuk tajarrud dengan jemaah dan gerak
kerja yang telah kita pilih. Dan insha-Allah, kita yakin itulah yang terbaik
untuk kita. Selebihya kita serahkan padaNya untuk bimbing dan tunjukkan jalan
kepada kita. Kita yakin dan beriltizam yang dakwah kita adalah mengajak orang
kepada Allah dan Islam yang pertama, baharulah ajakan kepada dakwah dan jemaah
itu yang kedua dan ketiga.
Baharu sahaja kita mahu menarik nafas lega, baharu sahaja
kita mahu mengelap peluh dan keringat yang membasahi dahi, ketiak dan tubuh
badan kita, jeng jeng jeng, rupa-rupanya kita bakal berdepan dengan cabaran
yang jaaauuuhhh lebih getir dan mengalirkan peluh besar dengan begitu
banyaknya. Kita sangkakan selesai sudah jahiliyyah, selesai sudah isu jemaah,
kini kita boleh bergerak dengan lebih laju dalam dakwah dan tarbiyyah. Kita
fikir setelah berjaya mengharungi dua cabaran yang awal itu, kini kita boleh
benar-benar fokus dan menumpukan sepenuh tenaga, keringat dan kemahuan kita
pada the core business kita ini.
Ku sangka panas hingga ke petang kerana banyak dik oii akak
jemur kain kat luar tu..! Err... Sekali lagi. Ku sangka panas hingga ke petang,
rupanya salah tengok ramalan cuaca. Kali ini mehnah dan tribulasi yang menimpa
benar-benar berat, sehingga terduduk kita dibuatnya. Terkesima. Masalah apa itu
yang sungguh berat lagi menghentam jiwa..? Masalah dalaman; tikaman dan
serangan yang berpunca dari dalam. Adeh.
Kita sangkakan bila sudah berada dalam satu jemaah, semuanya
mempunyai gelombang otak yang sama; semuanya boleh riang gembira untuk bekerja
bersama-sama bagi mencapai halatuju yang sama. Kita pasti yang semua yang
berada dalam jemaah ini benar-benar seriyes dan komited untuk menegakkan
kalimah Allah di muka bumi ini, maka sudah tentu setiap daripada ahli jemaah
sudah sanggup untuk berkorban kepentingan diri sendiri. Kita fikir dalam
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh jemaah, sudah pastilah
ahli-ahlinya memegang erat antara satu sama lain, saling membimbing, saling
mengingatkan dan saling berlapang dada dan sanggup untuk mengenepikan apa-apa
sahaja yang boleh menghalang daripada matlamat ini tercapai dengan jayanya.
Rupa-rupanya kita tersilap; tersilap tahap tersungkur dan
batu besar menghempap kepala. Kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita
terlalu ideal. Masalah ukhuwwah yang melanda benar-benar menjadikan kita sukar
untuk bernafas; hati kita berat dan jiwa kita resah. Berkali-kali kita cuba
mencari penjelasannya, dan setiap kali itu juga kita gagal menemuinya. Jika ada
pon, itu tidak lebih sebagai penyedap hati, halwa perasaan dan gula-gula jiwa.
Jauh di dalam hati, kita tahu yang masalah ini amat sukar
sekali untuk diselesaikan. Kita rasakan kita betul; orang lain juga merasakan
mereka yang betul. Yang menjadikan masalah ini lebih pedih lagi adalah kerana
masing-masing berada di dalam pasukan yang sama. Tiada penyelesaian. Jalan
buntu. Ego yang menguasai diri menjadikan masalah lebih teruk lagi. Allah..
Belum lagi diambil kira masalah-masalah hati yang sudah parah, membarah
sehingga peringkat kesembilan. Dengki, takabbur, buruk sangka, hasad dan entah
bermacam lagi penyakit hati... Semua ini menjadikan lutut kita lemah, langkah
kita berat dan tubuh badan kita longlai untuk terus berada di atas jalan ini.
Air mata mengalir laju.
Kita sedih. Kecewa. Buat pertama kalinya setelah sekian
lama, kita ragu-ragu dengan jalan ini. Kita tidak pasti keputusan kita di
awal-awal dahulu untuk bersama-sama dengan saf perjuangan ini adalah keputusan
yang tepat. Beberapa kali kita bermuhasarawak mencari-cari jawapan, dengan
harapan ketenangan akan datang mengetuk pintu hati. Gagal. Kita resah. KIta
menjadi gundah. Kini kita faham mengapa tidak kurang orang yang keluar jemaah
semata-mata tidak tertanggung dengan masalah ukhuwwah. Astaghfirullah..
(Jujur, sukar untuk saya menghabiskan post ini.. Tarik nafas
dalam-dalam)
Tetapi, kita sedar dan faham, keluar daripada jemaah, apatah
lagi dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah itu akan lebih
memburukkan keadaan. Masalah lama tidak selesai dan kita bakal pula mengumpul
bermacam-macam masalah-masalah lain kelak. Kerana itu kita kena kembali kepada asas
dan batu-bata perjuangan ini; dakwah dan tarbiyyah kita hanya untuk dan kepada
Allah semata, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu.
"Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam)
dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan
antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu
dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah
selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk
hidayat-Nya."
[ali-Imran, 3:103]
Dalam keadaan diri kita yang masih lemah, tenaga yang telah
banyak dihabiskan dek melayan emosi dan sakit kepala juga kecelaruan otak yang
masih berselirat, kita bangkit semula. Kita kumpulkan sisa-sisa tenaga yang
ada. Kita tanamkan semangat dan azam yang baru; perjuangan ini mesti
diteruskan. Berputus-asa bukan moto kita. Kembali ke zaman dolu-dolu
sekali-kali bukan pilihan yang ada.
Kita amat bersyukur kepada Allah kerana kita diizinkanNya
sekali lagi untuk masih sama-sama berada di dalam saf perjuangan ini.
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya
Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."
[ali-Imraan, 3:9]
Terima kasih ya Allah.
Ayuh ikhwah wa akhawat! Ya, jalan ini sumpah panjang, tapi
jalan ini sahajalah yang kita benar-benar yakin dapat membawa kita ke sorgaNya
yang hakiki dan abadi. Ya, jalan ini sukar, penuh dengan ranjau, onak dan duri
tapi di sebalik fitnah dan mehnah yang ada, jalan inilah yang suatu ketika
dahulu telah menyelamatkan kita daripada jurang api nerakaNya!
Bangkitlah wahai pejuang-pejuang agama sekalian! Jadilah
seperti hawariyyun yang ketika mana Nabi Isa AS menyeru mereka untuk bersama-samanya
di atas jalan yang sumpah panjang ini, mereka pantas menyahut seruan suci itu!
Ketepikan segala emosi, kepentingan diri, lelah dan penat pada diri juga
masalah-masalah ukhuwwah yang memedihkan sanubari dan terus maju ke hadapan!
Ketahuilah, Dia, malaikat-malaikatNya yang setia, para anbiya', dan para
salafus soleh sedang menanti kita dengan terujanya di sorga sana..!
Ayuh!
Moga jalan yang aku pilih ini jalan ynag diredhaiMu ya Rab..
"Two roads diverged in a yellow wood, and I - I took
the one less traveled by. And that has made all the difference." - Robert
Frost
-gabbana-
-copy from n credit 2 inche gabbana-