OSEM tak ayat2 chenta ini??

Sunday, September 9, 2012

what a chance!!...

بسم الله الرحمن الرحيم



  alhamdulilllah alhamdulillah alhamdulillah....masih lagi diberikan kesempatan untuk menaip blog yang dah lame tidak berusik ni...hehe(aik mr.j sibuk nak kahwin ke)aippp fullstop kat situ...tahulah tahun pesta nasi minyak hehe...dok eih..bkn sibuk nak kahwin...adelah beberapa urusan yang perlu diuruskan....


  alhamdulillah baru-baru ini mr.j telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi suci al-Quds...bumi yang penuh sejarahnya dan penuh barakah disekelilingnya....tidak disangka pelan Allah itu lebih hebat dan indah...,r.j berpeluang berpuasa di sana serta beraya di sana...seronok teramat suasana berpuasa dan raya di sana...walaupun bro dan sis tahu palestin merupakan penjara terbesar di dunia menurut beberapa sumber yang telah melakukan kajian dari segi hak-hak kemanusiaan...


 walaupun hidup didalam kepungan oleh rejim zionis laknatullah..mereka sedikit pun tidak gentar akan ancaman musuh malah mereka hidup seperti biasa seperti kita yang hidup diluar sana dengan aman damai...bagi mereka,mereka telah bersiap sedia untuk menemui sang Ilahi..kerana mereka yakin jihad mereka ini pasti diberi ganjaran olehNya....



 di sana mr.j melihat pemuda-pemudanya begitu ramah dan amat berbeza sekali dengan sebahagian pemuda-pemuda yang berada di Mesir ini...mereka sungguh ramah dan melayan tetamu-tetamu mereka yang bersama2 memperjuangkan hak-hak mereka selaku penduduk asli di bumi suci tersebut....terharu mr.j melihat keramahan mereka....dan pemuda-pemuda tersebutlah merupakan pemuda-pemuda yang telah menyiapkan diri mereka dalam menyahut seruan jihad yang telah berkumandang....nampak sahaja dari luar seperti remaja biasa..tetapi di dalamnya masyaAllah mr.j tabik spring pada mereka semua....


 teramat banyak kenangan di sana yang menyentuh hati mr.j...anak-anak kecil yang ingin bermanja kerana ingin merasakan kasih sayang yang mereka cari-carikan,kasih sayang mereka yang telah dirampas oleh rejim-rejim zionis laknatullah....pernah dalam satu majlis tu segelintir kanak-kanak ini datang menemui mr.j untuk mintak permainan...menitis air mata melihat mereka...terasa waktu tu ingin memeluk mereka....


 selain itu mr.j sempat juga bertemu dengan ibu yang telah syahid kelima-lima anak lelakinya dalam  menuntut hak mereka di bumi yang penuh barakah tersebut...sempat jugak bertemu dengandenan seorang pemuda bernama sarsak yang ditahan oleh rejim zionis dengan alasan yang tidak munasabah...pemuda tersebut juga telah melakukan 'hunger strike' sepertimana yang kita tahu protes ini masih lagi diteruskan oleh penduduk2 palestin yang berada dalam penjara pihak rejim....kenangan terakhir sekali paling bermakna ialah dapat melihat sendiri pemimpin sebuah negara yang dikepung,bagaimana raut wajahnya tenang dalam menghadapi ancaman-ancaman musuh terhadap dirinya dan penduduk-penduduk di sana...


 ye pemuda tersebut merupakan seorang perdana menteri yang mempunyai serba serbi kebolehan yang membuatkan mr.j respect terhadapnya selain perdana menteri Turki,Erdogan dan perdana menteri Mesir,Muhammad Mursi...tidak lain tidak bukan orang tersebut merupakan Ismail Haniyyah(Abu 'Abid)...mr,j cukup respect dengan perwatakan beliau yang berkemampuan mengimamkan rakyatnya di masjid,memberi kutbah di solat jumaat dan merupakan pemimpin yang sayangkan rakyatnya...Allah Allah Allah...insyaAllah mr.j semakin nampak kegemilangan islam itu di atas muka bumi ini...ayuh bro dan sis..perbanyakkan doa dan percepatkan usaha-usaha kita dalam membangkitkan islam itu kembali....


firman Allah(mafhumNya) :

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Merekaberperang di jalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,demikian itulah kemenangan yang agung"

(at-taubah : 111)



-jejakatopengankegelapan-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...