OSEM tak ayat2 chenta ini??

Tuesday, May 15, 2012

jom cakna yokk


بسم الله الرحمن الرحيم
   
     Kebelakangan ni sangat banyak orang mengepost tentang isu-isu ummat. Bagus2 ^-^. Nampaknya ramai yang sudah makin ambil cakna tentang isu saudara seaqidah kita. Harapnya semua itu memang lahir dari hati dan bukannya hanya mengikut sesetengah pihak sahaja. Sukalah saya nak bercakap tentang satu ayat al-Quran yang saya rasa sangat tidak asing lagi bagi ikhwah dan akhowat yang sudah lama ditarbiyah ini. 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara
(49:10)

    Ayat surah Hujurat ini memang sudah sangat popular dalam kalangan masyarakat kita sendiri. Setiap kali ingin beri tazkirah tentang ukhuwah, pasti lah ayat ni yang menjadi pilihan. Hingga akhirnya semua orang sudah terlalu biasa dan kurang ambil cakna tentang maksud ayat tersebut. Mengapakah..? Secara jujurnya kali pertama saya dengar ayat ini, tiada yang terlintas dalam hati saya selain fakta yang biasa. Itulah masalah sebenarnya pada manusia ini. Kebiasaannya mereka hanya mengambil maksud sesuatu ayat tersebut sebagai fakta atau isi bekalan untuk tazkirah sahaja. Tidak merasakan feel dalam ayat tersebut. Teringat satu akh berkata " nak faham deen ni bukan dengan kita pelajari hukum2 feqah, tapi perlu gunakan hati. Macam mana..? kene ada feel~ " Sebab itulah jika dilihat para sahabat, tidak ramai yang meriwayatkan hadis-hadis nabi. Hanya sedikit sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah. Sahabat yang biasa kita dengar seperti Khulafa ar-Rasyidin jika kita perasan tidak banyak meriwayatkan hadis. Jadi kefahaman dalam deen itu bukanlah dinilai pada banyaknya hafalan hadis dan al-Quran. Tapi lagi banyak hafal lagi bagus lah kan..?

   Baiklah, berikutan peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak ni, pertamanya adalah Mogok Lapar di Palestin atau dalam bahasa omputihnya Hunger Strike. Penangan peristiwa tersebut menyebabkan FB bertukar menjadi coklat dengan profile picture yang sama. huh~ menakutkan. Peristiwa kedua pula adalah berlaku pada hari ni iaitu peristiwa Hari Nakbah atau omputih ghoyak The Disaster Day. Apa yang menariknya dua peristiwa ni..? Sebenarnya apa yang menarik adalah kita dapat menilai sejauh mana kita beriman dengan ayat tadi (49:10). Anda mungkin boleh mengatakan bahawa anda sayang kepada mereka yang berada di Palestin sana, dan sentiasa berasa belas kasihan pada mereka. Tapi apakah bukti perkara tersebut. Apakah sudah anda update tentang peristiwa yang berlaku di sana..? Ataupun apabila sudah ramai menjadi coklat profile picturenya baru ingin tergesa-gesa menukarnya juga..?



يوم النكبة


Relaks lah bro. Anda tidak perlu melakukan semua itu. Sungguh..? Bukanlah itu saya maksudkan. Tapi cukuplah anda melakukan apa yang anda rasa sewaktu itu. Jika memang benar anda cakna tentang isu di sana, maka pasti anda akan membaca tentang perkara tersebut. Dan jika anda tidak pernah peduli tentang keadaan mereka di sana dan hanya di kata-kata sahaja, maka pastinya anda tidak akan sibuk mencari berita tentangnya. Bukankah..? Semua pada hakikatnya berlaku secara spontan. Iman anda yang akan menentukan tindakan anda. Tak perlu pura-pura dengan diri sendiri kerana anda akan berasa tertekan jika berpura-pura. Bayangkan jika seorang yang tidak pernah solat fardu, tiba-tiba diajak untuk solat tahajud di 1/3 malam terakhir..? Pastinya dia sangat terseksa untuk melakukannya. Begitu juga anda mengajak murabbi osem untuk ke kelab malam yang sangat dipenuhi dengan ramai orang yang berpakaian separuh benang. Bukankah itu menjadi satu penyeksaan bagi mereka..?

Jadi sekiranya memang benar anda beriman dengan ayat tadi, maka secara spontannya anda akan sibuk mencari berita dan maklumat tentang keadaan mereka di sana, mendoakan mereka dan sentiasa ingat akan mereka. Sekiranya tiada semua itu, ketahuilah bahawa anda masih belum bersedia untuk mati. Mati..? Mana tidaknya, tak kan lah nak mati dalam keadaan iman tak sempurna. Kan..? Cuba kita lihat pula pada Hadis ke-13 dalam Hadith 40,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(رواه البخارى و مسلم)
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya

Jadi bolehlah kita tepuk dada tanya selera. Jika anda berselera, ahamdulillah tapi jika sebaliknya, cepat2lah usahakan untuk mendapat selera tersebut. Isu ini bukan hanya melibatkan keperihatinan sebagai seorang manusia, tapi yang lebih penting melibatkan isu 'aqidah kita. Kerana iman anda juga bergantung pada kasih-sayang anda pada mereka. Tahu atau tidak..? 



هل تحبّون فلسطين..؟

  Jadi apa tunggu lagi..? Cepat-cepatlah istighfar dan update dengan isu saudara kita di sana. Sangat pelik jika anda sibuk berbicara tentang hukum itu dan ini serta menghafaz sangat banyak al-Quran dan Hadistapi tidak mengambil peduli tentang isu ummat. Fuh~

Wahai orang-orang Palestin, kami juga saudara kamu. Kami sentiasa ingat akan kamu dan mendoakan kamu di sana. :)

peace ^-^

Jzk~


-copy paste dari akhi nakal-

-jejakaminatadidas-

Tuesday, May 8, 2012

you r fired !

بسم الله الرحمن الرحيم



 ape khbr bro n sis yang mr.j kasihi sekalian..?(diharapnya semua sihat2lah ye)hehe....mr.j , awat suspen sngt post title mr.j kali ni...mr.j kene pecat dari kerja ke?hehe..dah agak dah mesti bro n sis pelikkan..haiya..*gulpp mr.j mana kerja lagi....i am a student you know...habis tu?haa nilah mr.j nak habaq ni...ce sabor ce sabor sikit...


 ini bukan pasal kerjalah...dan kerja yang paling utama bg mr.j ialah dakwah..dgn erti kata lain kita bekerja kerana nk menyeru orang lain supaya sentiasa melakukan perkara2 ma'ruf dan mencegah perkara2 mungkar....tulah kerja utama bg kita bro n sis...dan sepatutnya kita tidak boleh berhenti dari terus melakukan kerja yg ganjarannya betul2 fulaweyhhh mr.j cakap...ingt bro n sis jgn pernah sekali kali kita berhenti dari jalan dakwah ini...(senyum sambil menunjukkan cap jari yang begitu OSEMness ditambah lagi dgn kerdipan mata yang xberapa nk menawan..haha)


  sebenarnya mr.j ingat buat sementara waktu ni mr.j nak angkat jari dari terus menaip-naip butang2 yang begitu masyukk,yang sentiasa membantu mr.j dalam menyebarkan kebaikan yang dapat dikongsikan bersama....lah awat mr.j , nak tutup blog ni ke?aik bro n sis..amboi cam xsuke je kan mr.j menyebarkan kata2 indah yang masyuk lagi xperlu kata apa2...tidaklah bro n sis...actually mr.j dah nak masuk fatrah exam...maklumlah mr.j lebih nak tumpukan kepada final exam bagi semester pertama mr.j kat bumi anbiyya' ni...


  kalau boleh mr.j taknaklah hanya menjadi seseorang yang asyik menyeru kepada kebaikan tapi pelajarannye terabai...tidak mahulah...lau boleh biarlah 2 perkara yang penting ini bergerak selari..lagipon memang itulah yang dituntut dalam islam...bolehlah bro n sis tgk belajar rajin2 nak...kalau boleh biarlah kita menjadi seorang da'ie yang begitu HAYBAT n OSEMness ditambah lagi dengan ilmu yang ada dlm dirinya..p jgn kita lupa bro n sis..haa...ceng ceng ceng..walau sedalam mane pon ilmu kita kita hendaklah ingt bahawa bila makin lama kita menuntut ilmu itu hakikatnya kita makin jahil...ingt tu bro n sis..dan kita hendaklah merendah diri n jgn bongkak...

" dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.sungguh , Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri "

( luqman : 18 )

 so , mr.j ingt dlm masa sebulan ni mr.j nak tawaquf dr menulis blog..for a temporary je ok..insyaAllah hbs exam i will continue menulis tulisan2 chenta..apepon dalam fatrah exam ni kita jgn lupa Allah k bro n sis..perbanyakkan berdoa kepada Dia..insyaAllah Dia mendengar doa2 hambaNYa...dan ingat bila kita merasa down bacalah 'ayat2 chenta' yang telah Allah berikan kepada kita selaku hambaNya di atas muka bumi ini...

 last but not least , mr.j nak minta maaf andai post2 mr.j selama ni tidak berdasarkan dakwah dan tarbiyyah...dan mr.j nak minta ampun andai ade tersalah bicara..doakan mr.j berjaya menjawab seluruh soalan dengan jayanya ye...:)



-jejakaminatadidas-

Wednesday, May 2, 2012

belaja rajin2 nak....

بسم الله الرحمن الرحيم



  aduh...ni ape ni mr.j....belaja belaja belaja...bosanlah mr.j...stress tau kpale ni...*chop chop chop..haiya bro n sis,kita selaku org yang beriman sepatutnya jgn ltak dlm minda kita setting cmni...tak elok bro n sis...kita kne 'change mind set' kita kepada something yang betul2 HAYBAT n OSEMness....kita selaku da'ie disamping menuntut ilmu....menuntut ilmu itu merupakan satu kewajipan bagi kita bro n sis...



  percaya tak cakap mr.j,hanya dgn ilmulh kita akan dimuliakan oleh masyarakat di sekeliling kita bro n sis...bile kita berilmu n berpengetahuan dlm sesuatu perkara kita boleh kongsikan dgn masyarakat...dgn ilmu juga insyaAllah kita dpt memulihkan mslh2 yg dihadapi ummah pd zmn skrg ni...tetapi jgn kita lupa bro n sis...belaja2 jugak..p tu ha..(lihat kanan lihat kiri)ape dye mr.j??ha,jgn kita lupa pada Allah...ingt sesungghnya Allah merupakan sebaik2 tempat tuk kita bergantung setelah kita berusaha bersungguh2....



  bukan ke menuntut ilmu ini merupakan hak kita sebagai seorg muslim dan mukmin...teringat ana kat sebuah hadith nabi s.a.w...maksudnya:


"menuntut ilmu itu adalah wajib di atas setiap orang muslim"


   ha,dgr tu bro n sis..menuntut ilmu itu merupakan satu KEWAJIPAN ke atas diri kita ni....nak2 lagi kita sbgi khalifah Allah di atas muka bumi ini...bukan tu je bro n sis..ble kita berilmu insyaAllah kita tidak akan mudah dipergunakan atau ditipu oleh siapa2 yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita...jadi,nasihat mr.j kat sini(nasihat tuk diri mr.j sendiri jgk ok)marilah kita menuntut ilmu sebaik mungkin...hanya org yg jahil saje akn merasakan diri mereka sudah cukup dgn ilmu yang ade...ketahuilh bila kita semakin mengejar ilmu itu sbnrnye diri kita ini amat sikit sngt pengetahuannya..bnyk lg yg perlu kita pelajari..(fahamkn mksd mr.j)

firman Allah s.w.t:

"katakanlah : tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada ilmu pengetahuan"

(az-zumar : 9)




-jejakaminatadidas-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...